MonoloQue kembali dengan hasil karya terbaru berjudul Lagu Cinta yang telah pun ke udara pada 26 Disember yang lalu.
Lagu tersebut menyampaikan mesej kepada pendengar tentang kepentingan cinta dalam kehidupan dan ia juga memberikan sedikit sebanyak gambaran terhadap hala tuju album ketiga yang bakal dikeluarkan.
Bukan sekadar menyampaikan mesej tentang cinta, ia juga merupakan simbolik di atas pemergian adik Loque yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 20 tahun yang lalu.
Pemergian adik tercinta menyedarkan LoQue bahawa kematian merupakan sebahagian dari kehidupan dan ianya juga memiliki unsur yang mistik dan misteri.
LoQue yang juga merupakan penggubah dan penulis lirik lagu tersebut berharap agar lagu tersebut sampai kepada arwah adiknya itu.
“Saya harap lagu ini dapat merentas dimensi’ kata LoQue, dengan harapan yang lagu ini akan sampai
ke tempat adiknya sedang bersemadi.
GIPHY App Key not set. Please check settings