in

Mira Filzah Kagum Ibu-Ibu Jaga Anak Tanpa Bantuan Pengasuh

Pelakon jelita Mira Filzah memaklumkan bahawa dia kini sedang sibuk menjaga anaknya, Wan Khair Amir sepenuh masa kerana pengasuhnya pulang ke kampung halaman atas urusan kecemasan.

Ketiadaan pengasuh menyebabkan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sentiasa bersama dengan Amir dan membuatkan dirinya kagum dengan ibu-ibu yang menjaga anak tanpa kehadiran pembantu.

“Saya kurang mengemaskini (media sosial) kebelakangan ini disebabkan pengasuh dah balik dua minggu lepas. Ada kecemasan. Balik lebih kurang dua bulan.

“Mama (Mira) dengan Amir saja 24 jam. Tiada majlis, tiada pengambaran.

“Saya tidak tahu bagaimana ibu-ibu lakukan tapi Mashaallah hebatnya ibu yang menjaga anak-anak tanpa pengasuh,” tulisnya mengagumi kehebatan ibu-ibu.

Melalui Instastory miliknya itu juga, Mira menyatakan tidak memanggil pengasuh harian adalah disebabkan dirinya sukar membina kepercayaan dengan orang baru memandangkan pengasuhnya sebelum ini telah melakukan kerja dengan baik.

“Bukan tak nak panggil pengasuh datang setiap hari tapi susah nak bina kepercayaan dengan orang. Kita dah bina kepercayaan dengan pengasuh kita tu, baru kerja lima bulan dah kena balik.

“Dia bagus sangat Alhamdulillah. Tapi Allah lebih mengetahui. Inshaallah ada hikmah yang baik-baik,” tulisnya di Instastory pada Khamis lalu.

Aktres berusia 29 tahun ini merancang untuk membawa Amir tempat kerja memandangkan dirinya akan mula bekerja Januari ini kerana berat hati untuk berenggang dengan puteranya itu.

“Mama pula dah nak mula kerja semula. Nanti nak bawa Amir pergi kerja bulan Januari ini.

“Nak tinggal macam tak boleh. Nanti Mama yang menangis.

“Sejak jaga Amir sendiri lagi berat hati nak tinggalkan. Lagi tak nak berjauhan.

“Susah hati nak kerja selagi tak jumpa pengganti pengasuh yang baik, dan boleh jaga Amir, sayang Amir macam anak sendiri.

“Semoga Allah temukan kita dengan orang yang baik okay Amir? Semoga Allah beri Amir pengasuh yang baik, bertanggungjawab, sayang Amir dan paling penting jujur dan ikhlas bekerja,” luah Mira.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan cahaya mata pada 10 Mei yang lalu.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Konsert Sulung Hael Husaini Dibatalkan Atas Faktor Kesihatan

iKON Tinggalkan YG Entertainment