in ,

Luqman Hafidz Sah Bercerai Sejak Jun Lalu

Status rumah tangga pelakon Luqman Hafidz akhirnya terjawab apabila dia mendedahkan bahawa dirinya dan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi sudah pun bercerai pada Jun yang lalu.

Melalui hantaran instagram milikinya, Luqman menyatakan perpisahan mereka dilakukan secara aman di mahkamah namun aktor ini tidak mengulas lebih lanjut mengenai punca penceraian mereka.

“Seperti semua sedia maklum, pihak media ada bertanyakan mengenai keadaan & status rumahtangga saya.

“Di sini, sampai masanya untuk saya kongsikan dan mengesahkan yang saya sudah pun berpisah dengan isteri pada bulan Jun yang lalu.

“Kami berpisah cara baik di mahkamah,” jelasnya menerusi kapsyen Instagram.

Menurut Muhd Luqman Hafidz Muhd Fauzi, kenyataan itu dibuat bagi mengelak daripada berlakunya salah faham dan berharap agar tidak timbul sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan hubungannya dan keluarga bekas isteri.

“Saya sedar status saya sebagai anak seni tak lari dari perhatian masyarakat.

“Justeru saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan dari mana2 pihak. Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini.

“Saya berharap agar pihak media khususnya dapat memberikan ruang kepada saya dan menghormati keputusan ini bagi menjaga hati keluarga saya juga bekas mentua.

Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini,” tulisnya.

Tambah pelakon filem Ola Bola itu lagi, dia kini memberikan tumpuan lebih kepada karier dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

“Fokus saya sekarang adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya.

“Saya pohon semua titipkan doa yang baik2 dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Luqman mendirikan rumah tangga bersama Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan seorang puteri iaitu Eve Laura pada 6 Februari 2021.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

iKON Tinggalkan YG Entertainment

Giliran Zaki Yamani & Yamani Abdillah Juara Mingguan Famili Duo 2