in ,

iKON Tinggalkan YG Entertainment

YG Entertainment mengesahkan kumpulan K-pop terkenal dibawah naungan mereka iaitu iKON keluar dari syarikat rakaman tersebut pada hari ini.

Penamatan kontrak itu dibuat selepas perbincangan pihak YG bersama ahli-ahli iKON iaitu Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Goo Junhoe, Kim Donghyuk dan Jung Chanwoo mengenai aktiviti masa depan mereka.

Walaupun sudah tidak lagi berada dibawah naungan agensi, kumpulan ini akan terus melakukan aktiviti seni sebagai kumpulan iKON dan mereka juga masih boleh berinteraksi dengan peminat iaitu iKONIC melalui akaun sosial media rasmi dan komuniti peminat rasmi Weverse.

YG juga mengucapkan terima kasih kepada iKON dan akan terus menyokong karier seni mereka di masa hadapan.

Menurut laporan media Korea, ahli-ahli iKON kini sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk promosi mereka untuk masa hadapan, termasuk mencari agensi baharu untuk mempromosi karier individu mereka sambil juga mencari jalan untuk menubuhkan label mereka sendiri untuk promosi kumpulan.

Sekadar info, iKON telah memulakan karier pada tahun 2015 dengan ahli seramai tujuh orang namun ketua kumpulan, B.I telah meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2019 kerana terlibat dengan kes dadah.

Antara lagu popular kumpulan adalah seperti Love Scenario, Killing Me, Rythm Tha dan banyak lagi.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mira Filzah Kagum Ibu-Ibu Jaga Anak Tanpa Bantuan Pengasuh

Luqman Hafidz Sah Bercerai Sejak Jun Lalu