Awesome TV mencipta sejarah sekali lagi apabila berjaya merangkul anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 21 Disember yang lalu.
Anugerah yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil itu adalah sebagai pengiktirafan kepada Awesome TV terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan cemerlang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas, pengiktirafan yang diberikan oleh SKMM merupakan sebuah penghormatan yang membanggakan sebagai pembakal kandungan hiburan Malaysia.
Tambahnya lagi, segala usaha keras dan komitmen Awesome TV dalam menawarkan perkhidmatan dan kandungan berkualiti selama ini berjaya memberi kepuasan kepada segenap lapisan masyarakat.
Mula dianjurkan pada 2016, MCMC Star Rating Awards diadakan untuk mengiktiraf perkhidmatan cemerlang industri dimana pemilihan penerima anugerah berdasarkan tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier.
Info tambahan, Nielsen Malaysia melaporkan bahawa Awesome TV mencatat jumlah tontonan terkumpul sehingga 2.6 bilion sejak mula beroperasi pada tahun 2020.
GIPHY App Key not set. Please check settings