Suria FM mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Media Pelancongan Kreatif Terbaik sewaktu Majlis Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 pada Jumaat yang lalu.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berasa teruja dan meluahkan rasa syukur kerana mendapat pengiktirafan sedemikian setelah 15 tahun Suria FM bersiaran.
Menurut DJ Lin, pengiktirafan ini akan mengaktifkan lagi Suria FM untuk membantu dan membuka jalan untuk sektor pelancongan di Malaysia.
“Pengiktirafan ini akan menjadi satu batu loncatan buat Suria FM untuk terus membantu dan mempelopori sektor pelancongan di Malaysia dengan menghasilkan lebih banyak kandungan video yang kreatif di samping mempromosikan industri pelancongan seperti makanan, perhotelan dan sebagainya di stesen radio kami,” katanya.
Majlis anugerah ini telah meraikan lebih 60 penggiat industri pelancongan sebagai pemenang dan Anugerah Industri Pelancongan ini adalah anugerah kemuncak industri pelancongan yang mengiktiraf semua penggiat industri Malaysia dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara.
Sekadar info, Majlis Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 diadakan di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur pada 16 Disember 2022.
GIPHY App Key not set. Please check settings