in ,

Oktavia Manrose Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Selepas 11 Tahun

Pelakon, Oktavia Manrose memaklumkan dirinya baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 Disember yang lalu pada jam 8:40 malam melalui hantaran Instagram miliknya.

Oktavia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman melahirkan rasa syukur dan gembira apabila diberi peluang sekali lagi untuk melahirkan zuriat setelah 11 tahun.

“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.

“Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Dec 22 jam 20.40 malam.

“Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang,” tulis Oktavia di Instagramnya.

Menerusi hantarannya itu, aktres berusia 30 tahun ini juga menitipkan dedikasi buat suami tercinta iaitu pemain bola sepak Felda United, Khairul Efsan.

“Untuk cinta saya, Khairul Efsan, terima kasih kerana menjadi pasangan saya, dan bapa kepada anak perempuan saya.

“Awak istimewa untuk saya setiap hari. Awak adalah kekuatan saya.

“Semoga kita sentiasa berjalan di laluan kehidupan yang sama sambil berpegangan tangan! Aamiin.

“Saya akan sentiasa menyayangi awak sepenuh hati saya. Selamat tahun pertama hubungan kita,” ucapnya di Instagram.

Untuk rekod, Oktavia pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun. 

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anita Baharom Sah Menjadi Isteri Sekali Lagi Dengan Sekali Lafaz

Suria FM Sambut Tahun Baru Di IOI City Mall