in ,

Emma Mahu Anak Ramai – “Team Bola On The Way!”

Susulan dakwaan hamil anak kedua, pelakon Emma Maembong enggan memberi sebarang komen namun dia akan berkongsi mengenai kehamilannya andai ianya benar-banar terjadi.

Menurut Emma atau Fatimah Rohani Ismail, dia dan suami masih mencuba untuk mendapatkan zuriat dan berpendapat bawah isu merupakan satu perkara sensitif untuk dibincangkan.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa, sebab saya dan suami masih mencuba. Andai kata saya kata ya tapi tidak hamil, saya yang sakit.

“Sama juga kalau saya kata tidak tapi tiba-tiba ada. Saya gembira, tapi semua orang akan suka tengok kita gembira.

“Hal zuriat ini merupakan satu hal yang sensitif. Saya memang mengharap sangat,” jelasnya kita di majlis sidang media The Masked Singer Malaysia.

Emma merupakan juri The Masked Singer Malaysia 3

Dalam pada itu, pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta ini mendedahkan bahawa dia dan suami tidak pernah merancang soal zuriat kerana mereka mahukan anak yang ramai.

“Saya tidak melakukan perancangan soal zuriat. Ada orang merancang mahukan seorang anak, dua orang anak.

“Lepas pantang saya dan suami sudah mencuba untuk dapatkan anak lagi. Team bola, on the way!

“Tapi Allah lebih mengetahui, anak pun dah berusia dua tahun. Selagi belum ada, saya tidah mahu katakan apa-apa,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Emma antara juri untuk The Masked Singer Malaysia musim ke-3 bersama dengan Elly Mazlein, Shuib Sepahtu, Zul Ariffin, Didie Alias, Atu Zero, Ella dan Sharnaaz yang akan ditayangkan di Astro Warna pada 23 Disember ini.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Rumah Alif Muhaimin Terbakar, Redah Api Selamatkan Ibu

Suria FM Raih Anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik