in ,

Mahu Jalani Hidup Tanpa Kontroversi, Arja Lee Selesa Jadi Pensyarah Universiti

Pelakon Arja Lee memilih untuk memberikan fokus kepada kariernya selepas dilantik sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak tahun lalu dan meninggal kerjayanya di dalam bidang seni.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli merasa lebih tenang menjalani kehidupannya tanpa perlu berhadapan dengan kontroversi seperti mana yang dia perlu hadapi sewaktu aktif bekerja sebagai seorang anak seni.

Menurutnya lagi, dia berasa selesa kerana dia tidak perlu risau mengenai pendapatannya setiap bulan kerana sudah memiliki pekerjaan yang tetap dan pendapatan bulanan yang tetap.

Kos sara hidup yang rendah di Kelantan berbanding di Kuala Lumpur menyebabkan pelakon berusia 39 tahun itu memilih untuk menetap di negeri serambi Mekah itu dan menjalani kehidupan yang tenang tanpa sebarang kontroversi dan hal-hal berkaitan dunia hiburan.

Kerjayanya sebagai seorang pensyarah bukanlah satu kebetulan kerana dia memang sudah lama bercita-cita mahu menjadi seorang pendidik.

Arja meluahkan rasa syukur kerana hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dan menjadi seorang pensyarah tercapai dan akan menggunakan segala ilmu dan pengalamannya sebagai anak seni untuk mendidik pelajar-pelajarnya.

Info tambahan, pelakon drama Misiku Kuza ini baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat Sarjana Pengajian Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bakal menyambung pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) tidak lama lagi.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Cinta Bertaut Semula, Fuad Rahman dan Tom Kini Pasangan Kekasih

Berangkat Menunaikan Ibadah Umrah, Ramai Rindu Ketawa Little Miss Khan