Penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman mendedahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama teman seperjuangannya di Gegar Vaganza 9 (GV9) iaitu Tom.
Menurut Fuad, 43, dia mula jatuh cinta dengan juara program realiti My Star LG itu sejak minggu kedua GV9 berlangsung namun melamarnya dua minggu yang lalu.
Bekas peserta GV9 itu juga menjelaskan bahawa tujuan dia melamar Tom untuk bercinta dan menuju ke arah yang lebih serius adalah bagi mengelakkan orang ramai dan peminat salah faham dengan mereka.
Lebih mengejutkan, Fuad dan Tom rupanya pernah bercinta pada tahun 2005 namun terputus ditengah jalan disebabkan oleh Fuad yang terpaksa menjalani hukuman penjara selama lima tahun.
Dedahnya lagi, kedua-dua mereka tidak berhubung sesama sendiri sejak dari peristiwa itu namun disatukan semula di GV9.
Pelantun lagu Redha itu beranggapan bahawa pertemuan semula ini adalah hikmah untuk dia menebus kesalahan kerana meninggalkannya dulu.
Info tambahan, Fuad telah mengumumkan penceraian bersama bekas isteri melalui laman Facebook miliknya pada 28 November yang lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings