Bekas anggota kumpulan VE, Cham pada mulanya tidak bersetuju dengan penyertaan kumpulan tersebut di dalam Gegar Vaganza 9 (GV9) namun akhirnya akur setelah dipujuk oleh Zaf.
Namun Zaf membuat keputusan untuk menarik diri dari program tersebut pada saat akhir dan mengharapkan agar semua ahli juga melakukan perkara yang sama dengan alasan mereka belum bersedia untuk bertanding.
“Zaf tarik diri sehari sebelum sesi fotografi GV9 berlangsung dan mengharapkan kami juga menarik diri.
“Tapi kami sudah pun menandatangani kontrak penyertaan, kalau tarik diri nanti malulah kami pada pihak pengurusan.
“Zaf menyerahkan tugas kepada saya untuk menjaga semuanya setelah dia mengambil keputusan untuk menarik diri.
“Sepatutnya dia tak perlu masuk campur sebab tugas semuanya sudah menjadi tanggungjawab saya. Namun dia tetap bising bertanyakan perkembangan kumpulan” jelas Cham atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil.
Tambah Cham lagi, Zaf masih menganggap dirinya sebagai ketua kumpulan walaupun yang berhempas pulas di pentas GV9 adalah Cham, Adeep, Fakhiz dan Hakim.
“Dari awal lagi segala-segalanya perlu mengikut telunjuk Zaf, sehinggakan pemilihan baju serta lagu juga ditentukan olehnya.
“Kami tak boleh membuat keputusan, hanya menurut saja kehendaknya” dedahnya lagi.
Konflik ini mula disedari apabila Zaf berasa terpinggir selepas Cham, Adeep, Fakhiz dan Hakim menubuhkan kumpulan WhatsApp baru menyebabkan Zaf tidak menerima sebarang perkembangan terkini kumpulan tersebut.
Oleh disebabkan itu, keempat-empat ahli yang berentap di pentas GV9 ini mengambil keputusan untuk menarik diri dari kumpulan tersebut rentetan daripada isu yang dibangkitkan oleh Zaf mengenai penggunaan nama kumpulan.
Zaf yang menyarankan agar mereka menggunakan nama baharu selepas menyertai GV9 menjelaskan bahawa tindakannya itu diambil demi menjaga hubungan sesama mereka dan mengelakkan kekeliruan dan bukannya untuk mengeruhkan keadaan.
GIPHY App Key not set. Please check settings