Siapa yang tidak kecewa apabila rakan baik sendiri difitnah? Itulah yang dirasai oleh pelakon Ungku Ismail yang kecewa apabila tular berita palsu mengenai rakan baiknya, Nad Zainal yang kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Ungku berharap tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan berita yang tidak sahih dan memohon kepada netizen untuk menekan butang ‘report’ pada berita yang berbaur fitnah tersebut.
Pelakon drama Cina Buta itu sempat berkongsi tentang keadaan Nad yang masih di ICU untuk proses pemulihan seperti mana yang dilaporkan olehnya pada Sabtu yang lalu.
Di penghujung perkongsian, pengarah drama Single Terlalu Lama ini juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak berhenti bertanyakan khabar dan juga mereka yang menyampaikan sumbangan menerusi tabung dana yang dilancarkan sebelum ini.
Tegasnya, buat masa ini fokus hanya akan diberikan kepada kesihatan rakan baiknya itu daripada mengambil peduli tentang berita-berita palsu yang berlegar di media sosial.
Sekadar info, Ungku memaklumkan pada Sabtu yang lalu bahawa paru-paru Nad masih belum kuat dan disebabkan itu dia kembali direhatkan selepas mula sedar sehari sebelumnya.
GIPHY App Key not set. Please check settings