Gosip artis /selebriti dan golongan ternama bukanlah satu isu baharu waima sudah lama menjadi topik hangat dan bualan netizen.
Pada tahun 2021 ini walau pun negara berdepan pandemik COVID-19, golongan artis masih mendapat perhatian apatah lagi mereka merupakan figura terkenal di mana terbaharu dua personaliti yang mencetuskan gosip dikaitkan dengan orang ternama adalah penyanyi, Datuk Nora Ariffin serta bekas isteri pelakon terkenal yang juga usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim.
Balu kepada komposer Johan Nawawi ini, Nora menarik perhatian netizen apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa malah dikatakan sudah bernikah.
Kisah hubungan pemilik nama sebenar, Wan Norafizah binti Dato’ Wan Ariffin, 47, itu tular ditwiter menyebabkan anak sulongnya, Muhammad Syakir Iman tampil mempertahankan ibunya sekali gus menafikan Annuar Musa bergelar bapa tirinya.
Terdahulu, Nora turut menafikan gosip yang mengatakan beliau merupakan isteri kedua Annuar Musa tetapi menganggap mereka mempunyai pertalian keluarga.
Tidak mahu memanjangkan keadaan Nora mohon pihak yang mencetuskan berita palsu itu berhenti daripada berbicara hal-hal fitnah namun bersedia memaafkan individu terbabit.
Baik hati Nora kan, tidak menyimpan dendam tetapi memaafkan orang yang memfitnahnya itu sebagaimana akhlak yang dituntut Islam waima Allah SWT akan membalas maaf kita dengan kemuliaan dan meninggikan derajat kita di dunia dan akhirat.
Pelantun lagu popular ‘Desa Tercinta’ itu bergelar ibu tunggal selepas pemergian suaminya, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
Sementara itu, Annuar Musa juga dalam komen balasnya dilaporkan tenang menerima dakwaan itu waima sebagai orang politik katanya dia sering berdepan pelbagai fitnah.
“Kalau nak fitnah, fitnah saya seorang sahaja sudahlah… jangan kaitkan orang lain, orang itu ada keluarga,” lapornya.
Terkini, timbul pula kes kedua yang mengaitkan bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim (tengah) yang dikatakan sedang menjalin hubungan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (kiri).
Gosip tersebut bermula apabila tular satu wats app berkenaan dengan ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu itu didakwa ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Perasing bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Karim.
Khairudin bagaimana pun menafikan dakwaan ditahan di SJR Perasing tetapi laporan terbaharu menyebut Ketua Polis Terengganu mengesahkan Menteri itu diperiksa ketika melalui SJR Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.
Ekoran itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes tersebut.
Sementara itu, Mawar Karim, 32, turut dilihat menafikan gosip tersebut kepada salah seorang pengikutnya dalam ruangan komen Instagram dengan berkata, ‘letih hendak baca, lebih baik cari nasi kandar’.
Menurut Mawar, beliau berada d Kuala Lumpur sahaja tetapi macam-macam cerita keluar, sambil meluahkan pertanyaan ‘lepas ini dengan siapa pula nak muncul (digosipkan).
Untuk rekod, Mawar mendirikan rumahtangga bersama Fizo pada November 2013 tetapi bercerai pada Julai 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun,
Bagi Fizo Omar, beliau khabarnya tidak tahu menahu mengenai gosip tersebut sehingga dilaporkan media.
Apa pun kita tunggu berita selanjutnya jika ada ya.
Tetapi mungkin kah selepas ini ada lagi kes artis terlibat dengan golongan kenamaan?
Sudah tentu mata netizen akan sentiasa terbuka kan… apatah lagi berada di rumah dalam tempoh ‘PKP penuh bermula 1 Jun ini. Setidak-tidaknya laman sosial artis akan menjadi tatapan!
Tetapi jangan buat gosip ya, percuma je dapat dosa kering, Kalau dah sahih barulah ucap tahniah tak gitu?
GIPHY App Key not set. Please check settings