Pandemik COVID-19 sesungguhnya mengubah cara hidup kita kepada norma baharu. Jika dahulu kita bebas kemana sahaja, bebas bergaul dengan keluarga mahu pun rakan-rakan dan bebas segalanya tetapi kini semuanya perlu di ‘penjarakan’.
Kita tidak boleh lagi menjalani kehidupan sesuka hati, bebas menentukan hala tuju dan semuanya itu disebabkan satu virus berbahaya – Koronovirus.
Pun begitu, hidup perlu diteruskan. apatah lagi yang mempunyai bakat terpendam dalam apa jua bidang pilihan hati. COVID-19 bukan alasan untuk kita berpeluk tubuh sahaja kerana usaha itu perlu diteruskan demi kelangsungan hidup.
Bagi yang mempunyai kemahiran seni bela diri dan berminat untuk bergelar bintang aksi Malaysia tentu terus berangan untuk menempatkan diri dalam industri seni lakonan ya tak?
Siapa tidak mahu dikenali seperti pelakon sado macam Dato Aaron Aziz atau pun Zul Ariffin kan?
Jika itulah impian anda, apa kata rebut peluang menyertai sebuah rancangan realiti terbitan TV3, ‘Fit For Action’ yang bakal dimulakan siarannya pada bulan Ogos tidak lama lagi.
‘Fit For Action’ kini membuka uji bakat kepada mana-mana peserta yang berminat melalui platform media sosialnya di mana warganegara Malaysia sama ada lelaki atau perempuan yang berusia dari 18 hingga 35 tahun boleh memohon.
Caranya mudah. Peserta hanya perlu memuat naik video lakonan sedang beraksi dan bersukan (berserta dialog) tidak melebihi satu minit dan sertakan #FITFORACTION di Instagram atau Facebook selewat-lewatnya pada 30 Mei 2021 ini.
Selepas itu, sila pastikan akaun media sosial anda ditetapkan kepada umum kerana pihak produksi akan menghubungi peserta yang disenarai pendek.
Program realiti ini bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 12 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan.
Mereka akan berpeluang untuk menyandang watak dalam filem aksi terbitan Grand Brilliance.
Jadi, jika anda rasa anda layak untuk bergelar bintang aksi Malaysia yang sebaris dengan Aaron Aziz, Remy Ishak, Zul Ariffin, Fazura, Shaheizy Sam dan Hairul Azreen apa lagi?
Jangan lepaskan peluang mencuba nasib dengan menyertai program ini. Mungkin ini hikmah yang menanti disebalik dugaan yang dilalui sepanjang tempoh negara berdepan gelombang ketiga COVID-19 ini.
Apa pun nak tahu lebih lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 itu, boleh layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.
GIPHY App Key not set. Please check settings