in ,

Tok Ti Selamat Lahirkan Anak Lelaki Subuh 7 Ramadan

Penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada hari ini 10 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, pukul 6.21 pagi.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan setelah Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti hamil melalui kaedah Persenyawaan in vitro atau ringkasnya IVF.

Menurut perkhabaran yang disampaikan oleh Pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. 

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.

Tahniah Tok Ti dari kami di F8Buzz!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

‘Mungkin Kah Ada Sambungan ‘Penunggang Agama’ ke-2?

Awie Raikan ‘Cinta Ramadan’ Di Dua Lokasi Berasingan