in ,

‘Mungkin Kah Ada Sambungan ‘Penunggang Agama’ ke-2?

Apabila dua penerbit besar tanah air bergabung tentulah lebih besar nikmat yang diperoleh.

Betapa tidaknya,  filem di pawagan anda, ’Penunggang Agama’ terbitan Skop Productions dan Astro Shaw berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh 2 minggu ditayangkan.

Rata-rata penonton yang membelanjakan RM15 untuk menempah ‘Penunggang Agama’ daripada saluran Astro First berkongsi respon positif di media sosial.

Bukan itu sahaja, peminat di negara jiran juga turut membanjiri ruangan komen dengan melahirkan rasa keterujaan untuk menonton filem pengarah hebat, Syafiq Yusof itu.

Lebih menarik, topik dan mesej utama yang diselitkan dalam filem bukan sahaja hangat diperkatakan oleh peminat, tetapi  turut mendapat perhatian daripada penggiat seni tempatan dan para selebriti terkenal tanah air. 

Rentetan daripada kejayaan itu, pihak penerbit tidak teragak-agak untuk terus bergerak proaktif dengan membawa filem tersebut untuk ditayangkan di pawagam Singapura bermula pada 15 April 2021 lalu.

 Ini menjadikan ‘Penunggang Agama’ filem pertama yang menembusi pasaran pawagam di luar negara semenjak pandemik Covid-19. 

Wah! Hebat tu.

‘Penunggang Agama’  ditayangkan di pawagam Cathay menerusi 8 lokasi seperti AMK Hub, The Cathay, Orchard Cinelesirure, Downtown East, West Mall, JEM, Causeway Point dan Parkway Parade. 

“Penunggang Agama adalah percubaan pertama saya dalam menghasilkan sebuah konten berelemenkan islamik dan khas dibuat untuk tayangan di Astro First. Alhamdulillah, kerja keras saya bersama kru dan barisan pelakon telah menerima respon positif daripada penonton dan saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton yang telah melanggan filem ini di Astro First. Saya anggap kejayaan filem ini  adalah sokongan yang diberikan daripada peminat dan penonton, “ ujar adik kepada Shamsul Yusof, Syafiq Yusof.

Menurut Shafiq lagi, sambutan yang diberikan menambahkan semangatnya untuk terus memperbaiki dan menghasilkan karya mengikut citarasa penonton.

“Setelah hampir setahun lebih negara dihimpiit pandemik COVID-19, banyak filem yang tidak dapat ditayangkan di layar perak dan dengan langkah awal menembusi pasaran Singapura, saya harap dapat siarkanya juga di pawagam tempatan sekali gus menikkan kembali keterujaan penonton untuk menonton di panggung wayang,” tambah Syafiq.

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Penunggang Agama telah berjaya berada di dalam top 10 filem yang meraih kutipan tertinggi di Astro First sepanjang masa pada hari ke 18 tayangan.

Tambah Raja Jastina, selepas Singapura, ‘Penunggang Agama’ dirancang untuk ditayangkan kembali di pawagam tempatan bagi memberi pelang kepada penonton merasai sinematik yang berbeza.

Filem ‘Penunggang Agama’ yang menemui penonton di Astro First, saluran 480 sejak 25 Mac lalu, menampilkan lakonan mantap  Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Azira Shafinaz, adik Puteri Nurqaseh, Salina Saibi, Johan As’ari, Sabrina Ali dan Datuk Jalaludin Hassan. 

‘Penunggang Agama’ mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. 

Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri. 

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. 

Menariknya, ‘Penunggang Agama’ berakhir dengan babak isteri Tok Haji mahu membalas dendam terhadap Amir dan Anna yang menyebabkan suaminya mati.

Apakah ini petanda adanya ‘Penunggang Agama 2’?

Rasanya macam ada je seperti komen-komen netizen tu…samalah seperti abangnya, Syamsul Yusof yang membuat kesinambungan filem ‘Munafik’  sehingga ke siri ke 3’ ya tak?

Kita tungguuuu!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Sam Bunkface Beralih Ke Lagu Nasyid Bersama Inteam

Tok Ti Selamat Lahirkan Anak Lelaki Subuh 7 Ramadan