Elly Mazlein atau mesra disapa ‘Kak Lina Pom Pom’ antara pengacara yang boleh dikatakan laku bagaikan goreng pisang.
Buka je tv atau program terbaharu ada sahaja wajah Kak Lina Pom Pom ini bahkan akhir-akhir ini persoalan yang sering menjadi tanda tanya netizen mahu pun golongan media, adakah Kak Lina sedang hamil waima penampilannya nampak lebih berisi daripada biasa.
Malah ada yang seolah nampak perut Kak Lina sudah kelihatan ‘baby bump’ apatah lagi dalam program Muzikal Muzik Lawak Superstar 2 dilihat Kak Lina kerap memegang perut ketika mengacara.
Dan terbaharu pada majlis pelancaran Program Ramadan Astro yang berlangsung semalam di Astro Bukit Jalil, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, itu, ketika diperkenalkan sebagai salah seorang daripada barisan ‘Skuad Lembaran Baru’, dilihat meminta kerusi rendah untuk duduk menggantikan kerusi tinggi yang tersedia lebih awal.
Tindakannya itu sekali gus menguatkan lagi andaian mata yang melihat khususnya para media yang hadir bahawa Elly Mazlein pasti sedang hamil setelah lebih setahun bergelar isteri kepada Che Gu Mohamad Azlan Che Nuh, 30, pada bulan Januari tahun lalu.
Namun seperti biasa ini jawapan Elly ketika ditanya:
“Apabila sudah tiba masanya dan telah sah, saya akan kongsikan berita gembira itu di laman sosial untuk berlaku adil kepada semua pihak media yang sentiasa menyokong saya,” ujar Elly ketika diajukan soalan bertubi-tubi mengenai penampilannya yang nampak berisi.
Menurut Elly, jika betul dia hamil, dia akan beritahu bukan sebab hendak menunggu kandungan dah masuk bulan ketiga atau pun keempat baharu nak umum.
Bunyimya sama seperti luahannya tahun lalu di mana Elly dilaporkan berkata, beliau ikut kata orang tua tua… jika baru atau pun belum ada apa apa, tak perlu kongsi lagi sehinggalah sampai waktunya.’
Jadi netizen sekelian harap bersabar ya… walau pun jawapan Elly bunyinya klise namun itu haknya dan apa yang dipohon adalah doa daripada semua.
“Saya tahu ramai sayang dan selalu mendoakan saya,” ujar Elly sambil memberitahu anak perempuannya dari perkahwinan pertama dengan pengarah drama Azmi Hatta, Putri Sara Sefhia, 5, pun turut menyatakan hasrat mahukan seorang adik.
“Siapa tidak mahu anak, itulah harapan setiap pasangan suami isteri,” akhiri Kak Lina.
GIPHY App Key not set. Please check settings