in ,

Neelofa, Ernie Tambah Artis Wanita Kahwin Suami Lebih Muda

“Anda melengkapkan separuh daripada Deen saya, Alhamdulillah’ , begitu bunyinya ciapan pertama yang dikongsikan pengantin baru, Neelofa namun ditulis dalam bahasa Inggeris (You complete half of my Deen. Alhamdullilah) melalui laman twitter dan instagramnya kira-kira jam 9.04 malam selepas 10 jam bergelar isteri kepada Haris Ismail pada pagi Sabtu 27 Mac 2021.

Pemilik nama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pencetus ummah Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, yang lebih terkenal dengan gelaran ‘PU Riz’ di sebuah majlis tertutup pada jam 11.43 pagi.

Berlangsung di sebuah hotel terkemuka, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa  dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Majlis yang hanya dihadiri kaum keluarga dan kenalan rapat dalam 200 orang turut menyaksikan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memberikan khutbah dan tazkirah ringkas kepada pasangan pengantin.

Dengan pernikahan itu, ia sekali lagi  seolah menyambung trend  di kalangan artis  terkini yang dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, majlis pernikahan hanya diketahui di saat akhir tanpa hebahan terlebih dahulu seperti kebiasaannya.

Lebih kurang seminggu sebelumnya, kakak Lofa yang juga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor, 36, bernikah dengan bekas suami Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Claudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46,  di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Majlis pernikahan yang berlangsung pada 19 Mac 2021 itu hanya diketahui umum selepas Neelofa berkongsikan seketika suasana tersebut melalui InstaStorynya.

Dan kelmarin pula (26 Mac 2021), pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel turut melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor dengan dihadiri 20 ahli keluarga terdekat sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, bergelar isteri kepada Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, dengan sekali lafaz selepas dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal yang  berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh namun seperti Neelofa atau pun Noor Nabila tiada disebut jumlah wang hantaran.

Pun begitu dengan terlaksananya pernikahan Neelofa dan Ernie menambahkan bilangan artis wanita berkahwin dengan pasangan lebih muda daripada mereka.

Tak perlulah diulangi siapa mereka, sebagai peminat hiburan anda sudah tentu maklum siapa gerangan yang dimaksudkan sebab mereka pun baharu sahaja bernikah tahun ini. 

Apa pun yang penting, usia bukanlah halangan bagi menemukan jodoh masing-masing asalkan bahagia ya tak?

Selamat Pengantin Baru Riz-Lofa dan Syamel-Ernie!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

‘Tiada Kata Secantik Bahasa’ Kini Jadi Lagu Selawat Hijjaz

Hamil: Elly Mazlein Tetap Enggan Berkongsi Kesahihan