in

Kaka, Ernie Bawa Semangat ‘Roh’ Nenek Ke Pentas AJL35?

Selesai sudah Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada hujung minggu lalu (14 Mac 2021). Keputusannya pun semua sudah maklum, lagu “Gila’ nyanyian Kaka Azraff bersama rapper duo, Noki & Loca B mengalahkan 11 finalis lain bagi merebut trofi Juara Lagu dengan membawa pulang wang tunai RM50,000.

Rata-rata media perdana mahu pun portal hiburan dalam talian sudah pun melaporkan keputusan penuh pemenang dengan masing-masing mempunyai cerita eksklusif di sebaliknya, al maklumlah kata orang ‘rumah dah siap, pahat berbunyi’.

Itu adat manusia kerana mulut tempayan boleh ditutup sedangkan mulut manusia hanya kendiri yang mampu mengawalnya tak gitu?

Macam-macam cerita dicoretkan di sebalik pentas AJL35 yang bukan sahaja melibatkan persembahan malah paling menarik perhatian busana para finalis mahu pun pengacaranya, Sherry Al-Hadad pada malam itu.

Lihat sahaja gown hitam Sherry yang disifatkan netizen sebagai plastik sampah mahu pun busana dipakai Ernie Zakri yang macam tembikar diinspirasi dari budaya Peranakan.

Pendakata, macam-macam lagi lah… tetapi tu bukan yang mahu diceritakan lagi di sini waima yang menarik perhatian Fuzz terletak pada penyanyi Kaka dan Ernie yang kedua-duanya menanam ‘roh’ nenek masing-masing ketika melakukan persembahan.

Dua hari sebelum pentas final AJL35 berlangsung, Kaka Azraff mendapat berita kembalinya ke rahmatullah nenek tersayangnya, Yang Asmah Long, 92, yang meninggal dunia  akibat sakit tua.

Ekoran itu, Kaka tidak dapat menjalani latihan selama sehari namun menyedari betapa pentingnya untuk fokus pada latihan dan tidak mahu mengecewakan team ‘Gila’. Kaka terpaksa bangkit demi neneknya juga yang merupakan insan yang mengajarnya menyanyi.

Kaka dilaporkan berkata ketika membuat persembahan, beliau merasakan seolah membawa semangat neneknya bersama sehingga lagu ‘Gila’ dirasakan ‘berhantu’.

Tiidak hairanlah Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 31,  dilihat memberikan seratus peratus persembahan terbaiknya ketika menjiwaii intipati lagu berkenaan.

Begitu juga dengan pemenang Vokal Terbaik, Ernie Zakri ketika membawakan lagu ‘Gundah’ yang dikatakan sebuah lagu mengenang percintaan arwah neneknya, Rokayah Abdullah bersama atoknya.

Jika Kaka mengenang neneknya dengan persembahan dan nyanyian bersemangat  gaya tersendiri, Ernie menambahkan semangat nyanyiannya demi nenek dan atoknya apabila tampil ‘statuesque’, tak ubah seperti tugu peringatan lambang cinta abadi yang dicerminkan melalui busana uniknya.

Korang nampak tak, sebaik sahaja menyanyikan lagu ‘Gundah’, mata Ernie sudah mula berkaca malah vokalnya yang hebat menambahkan lagi kesedihan pada lagu tersebut.

Memang patutlah pemilik nama penuh, Nur Ernie Shahirah binti Zakri, 28,  ini menang kategori Vokal Terbaik AJL35, begitu juga Kaka Azraff walau pun tidak menjangka ‘Gila’ mampu menjuarai AJL35.

Memang ‘gila’ lah semangat dia orang!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Penyanyi Baharu Nuha Dapat Perhatian Christina Aqullera

Tawaran Disney Bagaikan ‘Bulan Jatuh Ke Riba’ – Yonnyboii