in ,

Uqasha Senrose Menangis, Takut Di Set Penggambaran?

Pelakon Uqasha Senrose khabarnya pernah menangis sehingga takut untuk ke set penggambaran gara-gara tertekan untuk menjiwai watak yang memerlukannya bermain dengan emosi.

Dah kenapa Uqasha? 

Baharu sahaja nampak berseri dan ‘happy’ dilamar pelakon gandingannya dalam drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’, Kamal Adli secara langsung pada pentas Malam Anugerah Meletop ERA 2020 Disember tahun lalu kan?

Segalanya disebabkan Uqasha yang kini antara pelakon terlaris penerbit drama hanya mempunyai satu hari sahaja untuk membuat persediaan daripada segi fizikal dan mental selepas tamat penggambaran drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ di mana beliau kemudiannya perlu sambung berlakon untuk drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’.

Malah bukan sahaja beliau digandingkan pertama kali dengan Shukri Yahaya tetapi drama yang bakal bersiaran di Astro Ria mulai 23 Mac 2021 ini merupakan naskah yang pertama kalinya juga beliau berdepan drama panjang sehingga 40 episod.

Apatah lagi watak utama Kasih Maisara yang dilakonkan oleh Uqasha sarat dengan mainan emosi yang mendalam.

Tidak hairanlah Uqasha tertekan ya tak apatah lagi selama ini lakonannya tidak pernah menghampakan jadi sudah tentulah dia mahu memberikan yang terbaik agar penonton puas kan?

Pun begitu, kemampuan kedua-dua pelakon popular seperti Uqasha dan Shukri Yahaya menghidupkan watak Nazril Nazim dan Kasih Maisra dengan baiknya membuktikan kredibiliti mereka sebagai pelakon versatil.

Korang setuju tak?

Walau pun pertama kali disatukan, Shukri mahu pun Uqasha mempunyai ‘chemistry’ yang baik sekali gus memudahkan lagi penggambaran, kata pengarahnya, Along Kamaludin.

Lebih menarik, drama ini karya adaptasi novel dengan judul sama nukilan penerbit dan penulis skrip, Siti Rosmizah yang popular dengan drama yang trending dan mendapat sambutan hangat ‘7 Hari Mencintaimu’, teraju utamanya dibintangi Syhkri Yahaya jua.

Tetap mengangkat genre romantik, drama terbitan SR One Sdn Bhd ini turut disertai barisan penulis skrip terbaik seperti Rozie Rashid dan Amka Ahmad.

Lebih istimewa, drama ini turut menampilkan lagu istimewa bertajuk ‘Rindu Separuh Nyawa’ nyanyian Vanessa Reynauld dan Naqiu sebagai lagu runut bunyi yang liriknya juga ditulis oleh Siti Rosmizah. 

Keseluruhan penggambaran drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ masih belum selesai dan sedang giat dijalankan di sekitar Lembah Klang pada ketika ini sambil menitik beratkan pengamalan SOP yang ketat.

“Banyak mesej tersirat dan pengajaran moral yang dapat dipelajari daripada drama ini. Antaranya seperti sikap manusia yang angkuh apabila berduit sehingga tidak mengambil peduli maruah orang lain dan sanggup menjadikan hidup orang lain sebagai pertaruhan,” ujar Siti Rosmizah.

Apa kisahnya? 

Saksikan ‘’Rindu Awak Separuh Nyawa’pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 23 Mac 2021 menerusi slot Megadrama secara secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kesian Janna Nick, Penat Kena Swab, Mahu Vaksin Cepat

Muzikal Lawak Superstar Minggu 6 • Highlights & Komen Juri