Jika sebut Nurul Jannah binti Muner, 25, tentu ramai tak perasaan kan siapa gerangannya tetapi jika sebut Janna Nick sudah tentu korang kenal artis popular yang dimaksudkan itu.
Ya lah Janna antara artis meletop yang kini menjadi rebutan penerbit dan sering dilihat berlakon dalam drama-drama tempatan di mana terbaharu lakonannya dalam ‘Marry Me Senorita’ bersama kekasih hati Dini Schatzmann di Astro Ria mendapat sambutan hangat.
Selain mengacara dan menjalani sesi fotografi atau temuramah bersama media, setiap hari ada sahaja aktiviti yang dijalani hos Melodi ini di mana terbaharu dilihat Janna memuat naik videonya bersama peminat ketika menjalani latihan untuk perlumbaan ‘Toyota Gazoo Racing Malaysia’ (TGRM) yang bakal diadakan pada 27 dan 28 Mac ini di Sepang.
Dan dek kerana kesibukannya itu Janna turut rasa penat dan sakit tetapi cuma kepenatan dan kesakitan yang dialaminya itu bukan kerana menjalani penggambaran atau aktiviti kerjayanya tetapi penat kerana setiap minggu Janna perlu menjalani ujian calitan (swab test) sebagai syarat yang perlu dipatuhi sebelum memasuki set penggambaran mahu pun program yang memerlukannya.
Luahan rasa penat dan sakit itu diluah dan dikongsikan Janna dalam akaun Instagramnya semalam sambil memberitahu beliau benar-benar memerlukan vaksin secepat mungkin kerana dah tak tahun menanggung derita berkenaan.
Daripada video yang dimuat naik dilihat Janna menangis selepas menjalani ujian calitan sambil berkata, ‘tak tahu lah berapa kali nak kena swab test, seminggu sekali swab test tau tak, so betul-betul perlukan vaksin lah’.
Panjang lebar luahan hati Janna, korang bacalah apa yang diucapkan ini:
Kesian Janna, itulah pengorbanan yang perlu dilalui untuk kerjaya.
Tetapi ada hikmah di sebaliknya kerana Janna beruntung masih ada tawaran sedangkan ramai yang terkesan dek pandamik COVID-19.
Tak apa Janna, sabar ya…tunggu giliran vaksin tu.. tetapi dah daftar ke?
GIPHY App Key not set. Please check settings