in ,

Apabila Kanak-kanak Tanya Doc Soalan Pelik. Apa Jawabnya?

Adakah anda sering menghadapi masalah anak takut berjumpa doktor, lebih-lebih lagi sukar memakan ubat yang diberikan doktor?

Masalah fobia kanak-kanak berjumpa doktor bukanlah satu isu luar biasa. Nama pun kanak-kanak, segala yang baharu di mata mereka membuatkan mereka bertindak menolaknya.

Begitu pun, berlainan pula yang ditampilkan oleh sebuah program TV Australia bertajuk ‘Operation Ouch!’ yang bakal  disiarkan mulai 5 Mac 2021 depan, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 10.30 pagi di TV1.

Pada slot TV1 Kids itu, program berkonsepkan santai sains untuk kanak-kanak ini agak menarik apabila kanak-kanak diberi peluang menyoal doktor dengan soalan-soalan di luar kotak pemikiran dewasa sekali pun.

Contohnya, apa yang akan terjadi bila kerangka manusia, angin kentut, dan hingus ada terletak di bahagian hadapan tubuh anda? 

Pertanyaan spontan dari anak-anak, seperti mengapa hingus keluar dari hidung ketika sakit ternyata begitu bersemangat ditanyakan. Rasanya orang dewasa pun takkan bertanya soalan begitu yang bukan pelik tetapi pastinya malu untuk ditanya.

Tetapi itulah antara persoalan spontan yang bakal dijawab oleh doktor dalam program ‘Operation Ouch’, yang juga dipenuhi dengan aksi luar biasa, eksperimen mengujakan dan fakta yang menakjubkan.

Bersiaran selama 26 episod, ‘Operation Ouch!  untuk kanak-kanak ini menampilkan pasangan doktor kembar berusia 42 tahun, Dr. Chris dan Dr. Xand yang akan berkongsi aksi perubatan yang lebih luar biasa, fakta menarik mengenai tubuh manusia, bahkan eksperimen yang lebih mengujakan. 

Apatah lagi bila melibatkan semua perkara yang disukai oleh kanak-anak disiarkan secara langsung di atas pentas.

Menariknya pendekatan dilakukan doktor bagi menjawab persoalan diajukan oleh kanak-kanak yang bertanya. 

Jawapan atas pertanyaan cairan yang keluar dari hidung tadi kerana kedudukan hidung yang berhubung dengan perut. 

Untuk membuktikannya, Dr Xand atau nama penuhnya, Alexander Van Tulleken, minum susu berwarna biru, susu berwarna kuning, dan susu berwarna hijau lalu keluar cairan susu dari hidungnya. 

Latar belakang dua dokter kembar lulusan Oxford ini khusus dalam dunia kedoktoran yang berkaitan dengan penyakit berjangkit seperti malaria dan demam berdarah. 

Pemilik nama penuh Dr Christoffer Van Tulleken atau lebih mesra disapa Dr. Chris meraih gelaran doktor dalam bidang virologi molekuler, sedangkan Xand seorang ahli Ebola. 

Keduanya membahagikan waktu bekerja dan penelitan kedoktoran mereka termasuk menghabiskan waktu di tempat-tempat terpencil sambil mempelajari praktik perubatan mereka di pedalaman Amerika Selatan, Afrika, dan Asia Tenggara. 

Suasana humor yang ditonjolkan dalam program ini membuat penjelasan berbagai ubat dan penyakit kepada kanak-kanak supaya menjadi lebih difahami. 

Dr Xand mengatakan, mereka mencuba berbagai cara untuk memastikan penuntut bidang perubatan juga dapat mempelajari sesuatu daripada apa yang mereka kongsikan. 

Namun, pertunjukan perubatan ternyata menyumbang pengaruh besar dalam golongan kanak-kanak. Yang positifnya bila mana kanak-kanak yang menghidap penyakit mula berasa yakin bahawa penyakit mereka akan sembuh. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Letupan Bunga Api Sambut Bayi Sulong Jehan Miskin

Danny X Factor, Mat Dan Tampil Promosi Jersi Terengganu FC 2021