in ,

Syanie, Artis Wanita Kedua Kahwin Lelaki Lebih Muda

Baharu sahaja industri hiburan dikejutkan dengan perkahwinan antara pelakon Singapura, Hannah Delisha dan Imam Shah, hari ini hampir kesemua portal hiburan melaporkan pula sebuah lagi perkahwinan yang tidak diduga antara pelakon dan pelawak, Syanie Hisham, 47, yang kini bergelar isteri kepada perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, berusia 41 tahun.

Ini menjadikan Syanie artis wanita kedua yang berkahwin dengan lelaki lebih muda daripadanya selepas Intan Ladyana, 39, mendirikan rumahtangga bersama Harris Alif, berusia 22 tahun.

Bagaimana pun, jarak usia antara  anak penerbit filem, Ruhanie Abdul Rahman ini hanya berbeza 6 tahun daripada suaminya, seorang duda tiada anak.

Foto Kredit: The Lane.my.

Pernikahan Syanie dan Zahril berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan hanya disaksikan bapa, adik perempuan Syanie dan abang pengantin lelaki sahaja, sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Majlis yang berlangsung ringkas itu hanya menyaksikan Syanie diserahkan mas kahwin berbentuk gelang emas waima tiada wang hantaran disediakan.

Selain itu, cincin perkahwinan menjadi ikatan kedua pengantin diijabkabulkan dan khabarnya majlis akad nikah itu juga diadakan tiga hari lebih awal daripada tarikh asal berikutan slot untuk 21 Februari 2021 yang dipilih penuh.

Namun ada hikmahnya juga memandangkan tarikh hari ini mereka meraikan genap setahun menyulam perasaan cinta. Tak gitu Syanie? Begitulah peraturan Allah SWT

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Syanie mendirikan rumahtangga selepas perkahwinan pertamanya pada 1996 runtuh pada 2002 manakala perkahwinan keduanya pada 2014 pula hanya bertahan selama dua tahun.

Khabarnya, pemilik nama sebenar Syaniza Hisham ini terbuka hati untuk berkahwin selepas melihat kesungguhan Zahril yang cukup berani meluahkan hasratnya untuk  berkahwin kepada ibunya.

“Sudah tiga tahun sebenarnya kami berkenalan tetapi baharu setahun lalu kami semakin rapat dan baharulah hati saya terbuka menerimanya apatah lagi melihat kejujuran serta keikhlasannya,” lapor Syanie sambil akui bukan mudah baginya untuk melalui fasa perkahwinan sekali lagi akibat kegagalan lalu.

Turut memuat naik berita bahagianya itu melalui instastory di laman Instagramnya, Syanie melahirkan ucapan syukur dan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Memandangkan negara masih berada dalam tempoh PKP, Syanie berharap dapat berkongsi kebahagiannya dengan mengadakan majlis resepsi selepas dibenarkan.

“Patutnya majlis resepsi dibuat pada minggu Ahad ini tetapi terpaksa ditunda apabila keadaan membolehkan. InsyaAllah bulan depan,” Syanie berharap.

Sementara itu, menjengah ke laman instagram suaminya, Zahril, tiada pula perkongsian perkahwinan di muat naik kecuali tanda ‘like’ dan komen yang diberikan Syanie pada satu ‘posting’ yang dikongsi Zahril berhubung kerjanya sebagai perunding kewangan kira-kira seminggu lalu.

Dalam komen Syanie, beliau turut menggelarkan Zahril sebagai ‘Uncle’ sambil mengucapkan tahniah atas kejayaannya sementara Zahril menjawab ‘most welcome sayang,… will be here to support you’.

Wah! Sweet nya, pasti cair hati Syanie kan?

Selamat Pengantin Baru!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hannah Delisha Artis Wanita Termuda Nikah Awal 2021

Letupan Bunga Api Sambut Bayi Sulong Jehan Miskin