in ,

Hannah Delisha Artis Wanita Termuda Nikah Awal 2021

Diam tak diam rupanya pelakon jelita, Hannah Delisha, 24,  sudah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pelakon dari Singapura, Imam Shah, 32, pada pagi Khamis 18 Februari 2021.

Berita itu hanya diketahui selepas mereka sepakat  berkongsi gambar pernikahan di laman sosial masing-masing hari ini.

Baik Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlima Blackburne Birch mahu pun Imam Shah masing-masing memuat naik dua keping foto mereka serentak selepas selesai upacara akad nikah yang tidak disebut di mana tetapi sudah tentu di negara kelahiran mereka, Singapura.


Imam berkongsi detik kesyukurannya selepas bernikah sambil menyarungkan cincin kepada isterinya, Hannah Delisha petanda ‘Tercipta Satu Ikatan’ sebagaimana judul drama lakonan Hannah.

Selepas 8 jam dimuat naik, perkongsian daripada Hannah mendapat lebih daripada 16 ribu komen berbanding kurang daripada 1,000 komen yang diterima oleh Imam Shah namun rata-rata rakan artis tidak ketinggalan mengucapkan tahniah pada pasangan yang bijak merahsiakan hubungan mereka yang sebenarnya sudah lima tahun berada di alam percintaan.

Sebagaimana kata pelakon Erwin Dawson kepada Imam dan Hannah, beliau tidak lagi perlu menyimpan rahsia perhubungan mereka berdua setelah sah bergelar suami isteri.

Dua kapsyen berlainan yang ditulis Erwin kepada Imam dan Hannah di laman instagram masing-masing.

Dalam pada itu, netizen pula seolah tidak percaya malah ada yang menganggap ia sebagai lakonan sahaja. 

Iyalah selama ini tiada khabar angin bahawa pelakon yang baharu sahaja berhijab ini mempunyai kekasih hati atau diberitakan mahu menamatkan zaman daranya dan tiba-tiba dah berkahwin.

Apa pun pasti Hannah mahu pun Imam ada alasan tersendiri menyembunyikan hubungan mereka dan perkahwinan yang dilangsungkan ketika dunia dihimpit gejala pandemik COVID-19.

Sudah pasti sebaik sahaja Hannah memberikan kenyataan media atau mengadakan sidang akhbar secara virtual sekali pun, itulah pertanyaan yang bakal diajukan para wartawan.

Jadi apa yang dapat dikongsikan  para media semua hanyalah gambar dan informasi yang dipetik melalui laman instagram kedua pasangan yang kelihatan mirip wajah mereka bagaikan pinang dibelah dua itu.

Apa pun dengan perkahwinan ini, menjadikan Hannah artis wanita pertama Singapura yang bernikah pada usia muda selepas Ayda Jebat manakala pelakon Nafiz Muaz dan Harris Aliff, kekal artis lelaki muda berusia 22 tahun yang berkahwin dengan wanita pilihan masing-masing.

Harris memilih pelakon berusia 39 tahun, Intan Ladyana  manakala Nafiz memperisterikan ahli perniagaan, Diyana Omar, 29.

Mohd Farid atis lelaki pertama berkahwin dalam usia 55 tahun ini.

Sementara itu,  pelakon Mohd Farid aka ‘Sun Inspektor Lim’ dalam drama ‘Gerak Khas’ kekal sebagai aktor tertua yang berkahwin pada awal suku tahun 2021 dalam usia 55 tahun pada 16 Februari lalu.

Ramai pula artis berkahwin dalam tempoh PKP ini ya….

Selamat Pengantin Baru kepada semua!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Trailer Cruella, Filem Terbaru Disney

Syanie, Artis Wanita Kedua Kahwin Lelaki Lebih Muda