in ,

Dapatkah Pentas Akhir AJL35 Berlangsung 14 Mac 2021 Ini?

Akhirnya, setelah ditangguh daripada jadual asalnya pada 7 Februari 2021 lalu, pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 dijangka akan bersiaran secara langsung tanpa penonton pada hari Ahad, 14 Mac 2021 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.

“Walau bagaimana pun tarikh tersebut bulanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Telvisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Menurutnya, penularan COVID-19 membuatkan pihaknya perlu lebih berhati-hati menitikberatkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi AJL ke-35.

Namun, buat masa ini pentas akhir AJL ke-35 dijadualkan bersiaran pada 14 Mac 2021 dalam norma baharu.

“Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu. Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021,”  tambah Khairul Anwar.

Anugerah Juara Lagu 35 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari ini telah dijadualkan untuk bersiaran pada 7 Februari 2021 di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaannya yang disebabkan oleh pelanjutan tempoh PKP. 

Tarikh baharu AJL35 ini juga telah disebut oleh Awal Ashaari ketika bersiaran secara langsung dalam Melodi, Ahad lalu.

Selain itu, peminat yang tidak sabar menanti berlangsungnya AJL35 boleh saksikan terlebih dahulu ‘Debaran AJL35’, sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang menyingkap setiap sudut persiapan AJL35. 

‘Debaran AJL35 ‘ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 5.30 petang – 6.30 petang, hari Sabtu, 13 Mac 2021 di TV3. 

Selepas itu pula, para penonton di rumah berpeluang untuk saksikan temu bual eksklusif di karpet merah yang digelar ‘Lounge AJL35’ bersama Muaz Mohamed (Kool FM) dan Sissy Imann pada hari Sabtu, 14 Mac 2021 pada pukul 8.30 malam di TV9.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari  www.anugerahjuaralagu.com serta laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan ‘Senang Terhibur.’

Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35.

Semoga kali ini debaran menanti siapakah di antara 12 finalis artis yang bakal menggengam trofi Anugerah Juara Lagu dapat diketahui. 

Ada kah penampilan semula Datuk Jamal Abdillah (gambar atas) berduet dengan Wany Hasrita melalui lagu ‘Belenggu Cinta’ di pentas AJL selepas kali terakhir kira-kira 20 tahun lalu, berjaya mengatasi 11 lagu-lagu popular lain antaranya seperti lagu “7 Nasihat”, “Gundah”, atau ‘Hutang’ mahu pun ‘Eh’…

Kita nantikan pada 14 Mac 2021 nanti ya! Tunggu……

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mampukah Samsons Ulangi Fenomena ‘Kenangan Terindah’?

Farid aka ‘Sub Inspektor Lim’ Bertemu Jodoh Dalam Usia 55