Penyanyi rock Indie, Phoebe Bridgers mendakwa bahawa Marilyn Manson memiliki apa yang digelarnya sebagai rape room di rumahnya.
Menurut E!, Marilyn, atau nama sebenarnya Brian Warner, tidak menjawab komen artis tersebut, yang dimuat naik ke Twitter pada Khamis, 4 Februari, beberapa hari setelah bekas tunang Marilyn dan pelakon Westwood, Evan Rachel Wood secara terbuka menuduhnya child grooming dan menderanya.
Manson, 52, menafikan tuduhannya, dan mendakwa bahawa hubungan intim antara mereka adalah atas persetujuan kedua pihak.
“TW [Amaran Pencetus]: Saya pergi ke rumah Marilyn Manson ketika saya masih remaja dengan beberapa rakan. Saya peminat besar. Dia merujuk sebuah ruangan di rumahnya sebagai ‘r*pe room’ “, saya fikir ia hanya lawak jenaka budak lelaki yang mengerikan. Saya berhenti menjadi peminat.
Saya menyokong semua orang yang kehadapan.”
Phoebe Bridgers, 26.
Wood merupakan salah seorang pasangan Manson yang paling terkenal. Pelakon berusia 33 tahun, yang mula berjanji temy dengannya pada usia 18 tahun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini secara terbuka meluahkan pengamlan penderaan rumah tangga yang dilaluinya selama ini.
Pada 2016, dia berkata kepada Rolling Stone bahawa dia telah diperkosa dan pada tahun 2018, dia memberi keterangan di hadapan House Judiciary Subcommittee untuk menyokong meluluskan rang undang-undang Bill Of Rights Sexual Assault Survivors, yang membolehkan mangsa menuduh bekas pasangannya melakukan pemerkosaan, tanpa perlu mengenal pasti penyerangnya secara terbuka.
Dalam catatan Instagram yang dimuat naik pada Isnin, 1 Februari, Wood menulis, “Nama pendera saya adalah Brian Warner, juga dikenali oleh dunia sebagai Marilyn Manson. Dia mula memperhatikan saya ketika saya masih remaja dan secara kejam menganiaya saya selama bertahun-tahun.”
Sekurang-kurangnya tiga wanita lain sejak itu telah berkongsi catatan media sosial yang menuduh penyanyi rock itu mendera emosi dan psikologi pada masa lalu.
Menjawab kontroversi itu, Manson menulis di Instagram, “Jelas, seni dan kehidupan saya telah lama menjadi kontroversi, tetapi dakwaan terbaru mengenai saya ini adalah putar belit realiti yang mengerikan. Hubungan intim saya selalu konsensual dengan pasangan yang berfikiran sama. Tak kira bagaimana – dan mengapa – yang lain sekarang memilih untuk menyalah ertikan masa lalu, itulah kebenarannya. “
Walaupun dengan komennya itu, Manson telah ditamatkan kontrak oleh label rakamannya, Loma Vista Recordings. Dia juga dikeluarkan dari episod siri striming Shudder – Creepshow dan American Gods yang akan datang.
“Label tahu, pihak pengurusan tahu, kumpulan itu tahu. Menjauhkan diri mereka sekarang, berpura-pura terkejut dan marah sangat menyedihkan.”
Phoebe Bridgers
Ikuti juga F8Buzz di
GIPHY App Key not set. Please check settings