‘Buang yang keruh ambil yang jernih’ begitulah perumpamaan yang tepat bagi menceritakan mengenai kekesalan diri atas kesilapan yang dilakukan Shuk Sahar yang mahu menyelamatkan kebahgiaan rumah tangga yang dibina.
Melalui tulisan dalam laman Instagramnya, pemilik nama sebenar, Mohammad Shukri Mohammed Sahar, 34, menyatakan mahu menjernihkan semula hubungan yang retak dengan isterinya, Rossalennah Natassyiah,28, ekoran didakwa berlaku curang dengan seorang gadis bernama Farah Salleh.
“Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang keruh,’ tulis Syuk.
Hubungan Syuk bersama Farah tercetus sejak Sabtu lalu apabila Isterinya, Rossalennah atau Sera mendedahkan Syuk sekali lagi berlaku curang dengannya malah beliau sendiri menyerang wanita terbabit di rumahnya.
“Saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan Syuk,” begitu tegas Farah yang terpaksa membuat laporan polis berikutan mendakwa diungut bunuh.
Memberi jaminan sanggup mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Rossalennah sejak 2015 hingga memperoleh dua anak perempuan, Nur Quratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy, luahan Syuk yang berkata ‘setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya’ menarik perhatian lebih 20,000 darpada pengikut Instagramnya seramai 504,000 orang.
Yang pasti nasi sudah menjadi bubur namun sekeras-keras kerak nasi sekali pun, boleh dilembutkan dengan siraman air kasih sayang dan itulah yang perlu banyak dibaja oleh Syuk untuk menambat kembali hati isteri yang telah hancur.
Percayalah takdir penentu segalanya walaupun perpisahan berlaku tanpa rela bak kata penyanyi Dato Jamal Abdillah melalui lagu-lagunya.
Apa pun, kita doakan yang terbaik agar Allah SWT memperkenankan jodoh yang panjang pada rumah tangga Syuk Sahar kerana ajal maut, jodoh pertemuan aturan Yang Maha Esa jua.
Siapalah kita untuk menolaknya walaupun Islam membenarkan poligami dengan syarat berlaku adil. Tinggal hati dan perasaan kita sahaja samada sanggup menerima atau menolak kerana hati seorang wanita persis kaca mudah retak apabila diketuk.
Namun akibatnya perlulah ditanggung sebagaimana Syuk sendiri menghadqpi apabila digantung kerja kerana masalah peribadi yang viral.
Dalam pada itu menjengah ke laman Instagram Rossalennah dapat dilihat wanita ini cukup kuat menghadapi masalah yang melanda waima kebanyakan entri yang dimuat naik berhubung dengan mengiklankan produk.
Ternyata, walau pun hatinya retak tetapi dia tetap menjalankan tugasan hariannya seolah tiada apa yang berlaku. Kuat semangatnya Alhamdullilah!
Semoga segalanya dipermudahkan bagi pasangan Syuk dan Sera ini.
GIPHY App Key not set. Please check settings