Kira-kira lebih dua jam lalu, pelakon dan pelawak Zalif Sidek memaklumkan bapanya, Wan Abu Bakar Sidek menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya akibat sesak nafas selepas makan malam di rumah pada Ahad ( 24 Januari 2021).
Allahyarham dilaporkan sudah setahun menghidap penyakit kanser paru-paru dan masalah jantung namun menjalankan rawatan susulan di rumah selepas mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.
Sesungguhnya, ajal maut di tangan Allah jua, perginya tidak disangka apatah lagi sebelum itu arwah sekeluarga makan malam bersama sebelum semput.
Melalui laman sosial Instagramnya, Zalif, 36, sebelum itu memuat naik video bapanya menaiki ambulans.
Tulis pemilik nama penuh, Md Zalif Naquiyudin ini arwah bapanya semput selepas makan ‘ambil gas oksigen hidung pun tak jalan…terus call ambulans untuk hantar ke unit kecemasan Institut Kanser Negara Putrajaya’.
Selanjutnya beliau memohon doakan papanya kembali pulih serta semua urusan dipermudahkan.
Namun Allah lebih menyayanginya, dengan hanya menulis ‘Al-Fatihah’, Zalif memaklumkan sudah kehilangan papa nya di mana perkongsiannya itu mendapat lebih 474 komen yang sebahagian besarnya ucapan takziah diterima daripada rakan-rakan artis.
Antara rakan-rakan selebriti awal yang memberikan ucapan salam takziah terdiri dari Azeri Ismail. Azira Shafinaz, Fikry Ibrahim, Emelda Rosemila, Didie Alias, Sherry Al-Hadad dan ramai lagi termasuk daripada netizen yang prihatin daripada pengikut berjumlah 133,000 kesemuanya.
Dengan berita sedih itu, Zalif merupakan pelakon pertama yang kehilangan ayahanda tercinta pada pembukaan kalendar 2021 ini.
Salam takziah Zalif, moga roh arwah bapa dicucuri rahmat! Al-Fatihah!
Sumber gambar atas: Instagram @ariffasidek
GIPHY App Key not set. Please check settings