in ,

Siti Nurhaliza Cari Penonton Bertuah ‘Takhta Dunia’. Siapa Nak?

Sejak dilancarkan pada 8 Januari 2020 lalu, video muzik terbaharu penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, ‘Takhta Dunia’ sudah mencapai 283,810 tontonan daripada 924,000 pengikut laman YouTube rasminya, sehingga laporan ini ditulis.

Video muzik yang menjadi pembuka tirai Artis Paling Banyak Distrim di platform Spotify dan JOOX ini digarap istimewa oleh pengarah Azhar dari Rasa Filem dengan elemen minimilas teater muzikal.

Berlatarbelakangkan tahun 1970-an di sebuah stesen keretapi yang dinamakan Lipis Sentral, lokasi penggambaran diadakan di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama.

Pengarahnya menonjolkan peranan penari serta pelakon sebagai medium penyampai mesej teguran secara simbolik.

Sebagai contoh, Azhar menterjemahkan mesej simbolik menerusi lakonan menggunakan telefon bimbit dan pelekap mulut yang membawa maksud, jasad  terperangkap di zaman lampau namun kelakuan tetap wujud pada zaman sekarang.

Bagi mengupas lirik lagu ini, ‘Takhta Dunia’ sarat nilai moral kerana mengingatkan supaya setiap orang bersikap baik, menjauhi hasad dengki serta menjaga tutur kata. Apabila ini menjadi amalan, hati seseorang akan bersih dan tidak tercela.

“Sebagai seorang penyanyi, saya bertanggungjawab mengetengahkan mesej yang baik menerusi lagu. Sesuai usia, semakin dewasa dan matang, saya harus menghidangkan karya yang bukan sahaja memberikan hiburan tetapi kesedaran,’’ kata penyanyi yang baharu menyambut usia ke- 42 tahunnya pada 11 Januari lalu.

Dan seperti biasa, Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa Tok Ti sentiasa memikirkan sesuatu cara atau gimik bagi mempromosikan karyanya dan untuk ‘Takhta Dunia’, bagi mereka yang sudah menontonnya ada habuan yang disediakan.

Bermula 18 Januari lalu sehingga 1 Februari depan, Tok Ti menganjurkan peraduan ‘Tonton & Menang’ di mana pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah berupa kad tebus dari jenama Uniqlo bernilai RM200.

Ada tiga cara yang mudah untuk penonton khususnya peminat Tok Ti menyertainya iaitu:

  1. Jawab soalan-soalan mengenai video muzik ‘Takhta Dunia’.
  2. Isi maklumat anda.
  3. Ucapan khas anda kepada Dato Sri Siti Nurhaliza sebagai peminat sejati.

Tu dia… mudah kan.., tetapi korang kenalah menjengah ke laman web https://umusic.digital/takhtaduniamv terlebih dahulu dan kemudian log masuk ke laman Spotify untuk menyertainya.

Tak pula diberitahu berapa pemenang yang dicari. Apa pun good luck mungkin anda yang bertuah di sebalik pandemik ni.

Siapa belum tonton? Cepat tonton sebelum menjawab soalan ya!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bayi Lesung Pipit Aiman, Zahirah Belum Didedahkan Namanya

EDMA 2020 Perkenal 2 Kategori Ikut Situasi COVID-19, Strim Live 27 Jan.