Pada April lalu, pasangan selebriti, Ayda Jebat,28, dan Nabil Mahir,32, bertunang melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Terkini, mereka mengambil keputusan mengumumkan pula tarikh perkahwinan menerusi saluran YouTube mereka Wuvv Show, yang bakal diadakan pada 1 Januari 2021.
Lebih menarik lagi, rahsia pertemuan mereka dibongkar apabila Nabil yang juga seorang pengacara memberitahu, Ayda terlebih dahulu menguratnya.
Biar betul Ayda?
“Kami berkenalan melalui seorang rakan yang memberitahu saya Nabil mahu bergambar. Selepas itu kami bertemu kembali semasa Ayda ajak saya naik pentas. Dua bulan kemudian Ayda yang terlebih dahulu DM saya ajak berborak,” ujar Nabil.
Sehubungan itu, dalam nada berseloroh, Nabil terus mendedahkan bahawa Ayda yang mengambil langkah pertama untuk menjalinkan hubungan hingga ke peringkat ‘kekasih’.
“Jadi headlines esok,’Ayda Mengurat Nabil’, dedah pengacara berusia 32 tahun ini sambil Ayda yang duduk di sampingnya merenung diam.
“Ya, saya ada DM Nabil beberapa hari selepas berkenalan untuk bertanya beberapa persoalan sebab saya tak suka kacau ‘boyfriend’ orang. Sebelum ini saya tak pernah buat macam tu jadi Nabil kira bertuahlah,” cerita Ayda yang kemudian mengaku ‘ya betul lah saya mengurat dia’.
Sejurus itu, Nabil mengusik dengan kata-kata “dah nampak dah headlinenya ‘Ayda mengurat Nabil’.
Menurut Ayda lagi, selepas berjumpa setelah lama terpisah, Nabil terus memberikan sebaris ayat yang dianggapnya ‘Wow’!.
Ayat apa itu Ayda?
“Nabil cakap, biar saya jaga awak (let me take care of you),” tambah Ayda dalam nada riang.
Perasaan saling mencintai dan mengenal hati budi masing-masing itu seterusnya membawa pasangan ini mengikatkan tali pertunangan pada 28 April 2020 secara dalam talian.
Dan terbaru, juga dilakukan secara online, Nabil dan Ayda mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 1 Januari 2010, cuma bezanya ia dilakukan berdua dengan masing-masing duduk berpakaian sedondon rona hijau muda.
Melalui perkongsian yang dimuat naik dalam YouTube mereka Wuzz Show dengan tajuk ‘Bila Ayda Jatuh Cinta’ episod 1, Nabil memberitahu tarikh tersebut dipilih kerana senang diingati memandangkan Ayda agak sukar mengingati tarikh sekali pun tarikh mereka mula bertemu.
“Jadi tarikh yang paling senang untuk Ayda ingat ialah 1 Januari, maka itulah kami sepakat memilih tahun hadapan sebagai tarikh pernikahan,” ujar Nabil.
Dalam pada itu, lebih kurang 20 ucapan daripada rakan artis selebriti turut ditampilkan dalam episod kisah ‘Biala Ayda Jatuh Cinta’ episod 1 ini yang rata-rata mengucapkan tahniah serta berpendapat pasangan Ayda dan Nabil memang cocok waima karekter mereka sepadan, masing-masing kelakar dan ‘gila gila’.
Lebih menariknya, di antara selebriti terkenal seperti Mira Filzah dan suami, Elfira Loy dan suami mahu pun Datuk Aznil Nawawi dan ramai lagi, turut ditampilkan selebriti internet termuda negara yang berusia 12 tahun, Alyssa Dezek yang tidak ketinggalan berharap perkahwinan Kak Ayda diberkati sampai ke jannah.
Untuk pengetahuan korang, adik Alyssa Dezek ini berjaya tersenarai dalam carta 10 Teratas YouTube Malaysia tau, malah dianggarkan bahawa pendapatan Alyssa dari YouTube mencecah sebanyak RM29,942 hingga RM427,250. Wah! Kalah selebriti senior gitu. Patutlah ucapan adik Alyssa turut dimuat naik.
Apa pun tahniah kepada Ayda dan Nabil, semoga tahun hadapan wabak kornovirus CVD-19 ni dapat dihapuskan agar kita semua pun dapat meraikan bersama pernikahan dan perkahwinan pelantun lagu ‘Temberang’ ini.
Tetapi ini bukan temberang ya, ini betul betul.
GIPHY App Key not set. Please check settings