Baru merisik atau sudah bertunang? Itu antara persoalan yang masih menjadi tanda tanya walau pun rata-rata media malam tadi (1 November) melaporkan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, 31, khabarnya sudah disunting pencetus ummah muda, Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Ada laporan yang mengesahkan namun tidak kurang juga yang mengandaikan terlebih dahulu waima belum mendapat pengesahan daripada kedua-dua selebriti ini.
Penulis yang cuba menghubungi PU Riz melalui watsapp bagaimana pun tidak mendapat balasan daripadanya malah pengurus perhubungan media Lofa, Shawn Amer pun tidak berkata iya atau tidak kecuali menyebut ‘ tiada kenyataan dari pihak Neelofa, Boleh refer kapsyen posting Mama Lofa sahaja ya,”
“Nak cakap bertunang tidak, merisik tidak,’ sambungnya yang pastinya apa yang dinyatakan itu mengelirukan lagi.
Pun begitu, daripada laman sosial Instagram ibu kepada pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Nor, iaitu Datin Noor Kartini Noor, apa yang ditulisnya memberikan bayangan anak kesayangannya itu melalui fasa baharu dalam hidupnya.
Melalui catatannya, Noor Kartini menzahirkan rasa syukur atas aturan Allah pada kehidupan Neelofa yang cukup indah sekali.
Semua pun sudah maklum kan, pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group ini mengumumkan sudah berhijrah dan berniqab pada pertengahan Oktober lalu.
Dan apabila Datin Noor Kartini memuat naik isi hatinya buat Lofa sudah tentu ramai yang mengaminkannya termasuk rakan-rakan selebriti seperti Nora Danish, Alif Satar, Sariyanti, dan ramai lagi malah usahawan popular, Dato Seri Vida pun menulis ‘Teka Teki dah terjawab.. wahai bidadari syurga… panjangkan jodoh ini sampai syurga’ yang ditujukan kepada Neelofa.
Instagram Lofa pun bertubi-tubi komen mencurah masuk di mana sejak 3 jam yang lalu, beliau sudah menerima lebih 9,000 pesanan tahniah daripada rakan selebriti seperti Zizan Razak, Mira Filzah, Ramona Zam Zam, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi termasuk daripada pengikutnya yang berjumlah 8.1 juta itu.
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.
“Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.
“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgaMu nanti.. Amin.
“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tulis Datin Noor Kartini.
Lebih menyakinkan lagi apabila laporan dari Astro Awani menyebut rombongan pihak lelaki telah berkunjung ke sebuah kediaman di Taman Tun Dr. Ismail selepas menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz sendiri.
Sumber yang dipercayai melaporkan, kunjungan itu merupakan majlis merisik dengan serahan sebentuk cincin namun khabarnya segala perancangan perkahwinan yang dijangka pada bulan Mac tahun hadapan, termasuk jumlah hantaran diserahkan kepada keputusan kedua bakal pengantin.
Akhir-akhir ini, Neelofa dan PU Riz sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan Lofa.
PU Riz merupakan salah seorang peserta program ‘Pencetus Ummah’ pada tahun 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas, pelakon dan juga usahawan dalam bidang pengurusan makanan.
Jika itu majlis merisik bermakna selepas ini sudah pasti ada majlis bertunang sebelum akad nikah dan naik pelamin kan?
Apa pun, tahniah diucapkan waima apa majlis sekali pun!
GIPHY App Key not set. Please check settings