in , ,

Skandal Seks Artis-VIP Kembali Hangat!

Sumber: Utusan.com.my

Kisah artis dan vvip bukanlah satu fenomena baharu dalam industri hiburan tempatan. Sudah lama berita sebegini menjadi topik hangat akhbar mahu pun majalah-majalah hiburan tempatan beberapa tahun lampau.

Betul atau tidak, itu yang menjadi tanda tanya waima jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang?

Terkini, dengan  era teknologi moden di mana platform digital mengambil alih dunia komunikasi, berita-berita yang menggemparkan begini lebih cepat tersebar.

Laporan daripada portal Utusan Malaysia itu menyatakan terdapat segelintir artis dan instafamous yang dipercayai terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan bukanlah satu fenomena baharu yang mengejutkan.

Itulah cabaran yang dihadapi golongan artis wanita mahu pun instafamous dalam dunia hiburan mahu pun kecantikan masa kini. 

Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga namun hakikatnya seperti laporan dan sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), golongan itu menerima bayaran sebanyak RM20,000 hingga RM40,000 bagi satu malam dari orang kenamaan yang mahu memuaskan nafsu masing-masing.

Lebih mengejutkan, apabila aktiviti seks itu dikaitkan pula dengan sindiket ‘Macau Scam’  melibatkan wang haram.

Apa kaitannya ‘Macau Scam’ dengan ‘pelacuran atasan’?

Khabarnya, salah seorang suspek yang dikaitkan dengan Macau Scam itu adalah orang perantara di antara golongan ternama dan selebriti terbabit.

Dan lebih mengejutkan, SPRM mempunyai senarai nama artis dan instafamous yang terlibat cuma belum didedahkan.

Iyalah, harus ada bukti kukuh ya tak sebelum menuduh.

Apa pun, Utusan melaporkan orang perantara tersebut bukanlah mahu membuat duit daripada sindiket terbabit tetapi lebih kepada mahu membina reputasi dan pengaruhnya.

Dalam pada itu, pihak SPRM dilaporkan juga sedang memantau media sosial para artis dan instafamous terbabit khususnya yang mempamerkan kemewahan hidup waima pada hakikatnya pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyayian dan sebagainya tidak seberapa.

Baru-baru ini, pengacara popular, Zulin Aziz turut terpalit dengan isu sama apabila dikatakan mempunyai kaitan dengan sindiket “Macau Scam’ gara-gara mengenali kumpulan terbabit. 

(Baca berita ‘Ini Zulin Sekarang, Tak Terlibat Macau Scam Tau’ melalui link ini: )

Apa pun, benar atau tidak berita sensasi ini dan siapa artis serta instafamous terbabit hanya Allah yang mengetahui.

Selagi belum terbukti benar dan bersalah, janganlah kita ‘membawang’ dan mengeruhkan lagi keadaan ya? Tunggu dan lihat sahaja lebih baik daripada bersuara dan mendapat dosa kering. Wallahualam!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ini Zulin Sekarang, Tak Terlibat Macau Scam Tau!

Neelofa Di Risik Atau Dah Bertunang. Benarkah PU Riz Jejaka Pilihan?