in ,

‘Siapa Tak Mahu’ Tonton Tok Ti Bersama Mira Filzah, Hun Haqeem?

Baharu sahaja dilancarkan kira-kira tiga jam, sejak pukul  9 malam 16 Oktober 2020), video muzik terbaharu penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, ‘Siapa Tak Mahu’ sudah mencapai lebih 193,064 tontonan dengan 24,000 tanda suka.

Siapa tak  mahu menonton video muzik penyanyi yang lebih mesra disapa Tok Ti ni kan walau pun masih ada 186  penonton yang tidak suka.

Tetapi yang pasti korang tntu suka apabila melihat Tok Ti menampilkam dua artis popular, Mira Filzah bersama hero muda, pelakon Hun Haqeem dalam video muzik arahan pengarah kreatif, Ghazi Maslan ini.

“Siapa Tak Tahu’ merupakan lagu ke-6  daripada album ‘ManifestaSITI2020’ yang diberikan pendamping visual selepas  muzik video ‘Anta Permana’, Kasihku Selamanya, ‘Terang’, 7 Nasihat dan ‘Aku Bidadari Syurgamu’.

Apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan pelantun lagu “Aku Bidadari Syurgamu’ ini untuk ‘Siapa Tak Mahu’. Siapa yang tak mahu tu Tok Ti?

Bagi yang belum menontonya, video berkenaan  menceritakan bagaimana sesebuah hubungan itu akan berjalan lancar sekiranya setiap pasangan mengambil sikap untuk menghargai dan berbuat baik.

Setiap hubungan pasti ada pasang surut tetapi sikap untuk berubah dan berusaha memperbaiki diri akan menyemarakkan lagi kasih sayang.

Mesej yang paling jelas di dalam lagu ni adalah jika mahukan pasangan yang baik kita juga perlu menunjukkan sikap yang sama. Begitulah beberapa unsur nasihat yang cuba disampaikan di dalam lagu ini melalui lakonan Mira dan Hun Haqeem yang digambarkan ketika mereka melawat ke Muzium Manifestasiti.

Pengarahnya, Ghazi Maslan, memberi garapan visual secara sinematik sesuai dengan mesej nasihat bersahaja yang cuba disampaikan.

“Penampilan saya di dalam video muzik ini agak berbeza kerana saya menjadi spy atau perisik dan memerhatikan gerak geri pasangan sedang bercinta, lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem. Saya juga mengenakan beberapa persalinan busana mengikut karakter,’’ ulas Dato Sri Nurhaliza mengenai video muzik terbaharunya itu.

Tambahnya, video muzik tersebut juga diharap dapat meneruskan lagi promosi lagu Siapa Tak Mahu ciptaan Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna, dipilih menjadi single seterusnya selepas lagu Aku Bidadari Syurgamu. 

“Saya berharap lagu dan video muzik Siapa Tak Mahu akan sama-sama mendapat tempat di hati para peminat dan ini merupakan di antara perancangan yang saya lakukan sebelum berehat supaya karya saya tetap berjalan’’, ujar Dato’ Seri Siti.

Iya, rasanya semua pun dah maklum ibu kepada Siti Aafiyah ini perlu berehat panjang untuk  mencapai impian keduanya. 

Impian apa tu? Korang faham-faham sahaja lah kan, fikir sendiri hihi….

Apa pun, figura terkenal ini yang baharu sahaja menerima Anugerah Emas setelah album fizikalnya. ‘ManifestaSITI2020’ berjaya mencapai jualan sebanyak 5,000 unit malah masih meningkat, pasti mengharapkan sokongan sama dari para peminatnya khususnya SItizoners.

Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions(M) Sdn.Bhd. selaku penerbit telah memberi kepercayaan kepada  syarikat produksi, Zeel Production untuk menghasilkan video muzik SIAPA TAK MAHU.

Jadi kepada yang masih belum berkesempatan menonton Siti berlakon ala-ala ‘spy’ gitu boleh lah layari Video muzik SIAPA TAK MAHU di saluran YouTube Siti Nurhaliza manakala album ‘ManifestaSITI2020’ boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer sejak 3 JULAI 2020.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Yung Raja Meledak Bersama ‘The Dance Song’

‘Mak Leha’ Curang? Biar Betik?