#KitaJagaKita Misi Baru Ejen Ali Hargai Frontliners

KUALA LUMPUR, 15 SEPT 2020 – Bersempena Hari Malaysia, Primeworks Studios dan WAU Animation melancarkan kempen #KitaJagaKita buat para peminat filem animasi nombor satu di Malaysia, EJEN ALI.

Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berkata, “Kami merasa bangga kerana slogan #KitaJagaKita kini dikenali dan menjadi sebutan ramai. ‘Kita Jaga Kita’ ini sebenarnya merupakan petikan lagu tema dalam filem EJEN ALI The Movie, dinyanyikan oleh Altimet dan Malik Abdullah.

Kami gembira apabila slogan ‘Kita Jaga Kita menjadi ikutan ramai dan  merasakan mesej ini sesuai  dengan usaha untuk mendukung ekonomi negara yang terkesan akibat COVID19, dengan menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong produk keluaran nasional”.

Bagi merealisasikan kempen #KitaJagaKita ini, EJEN ALI  memperkenalkan rangkaian produk terbaharu yang bersesuaian dengan keadaan sekarang yang mana kebanyakkan keluarga lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Rangkaian produk yang diperkenalkan berupa set papan permainan EJEN ALI Misi : Bootcamp, yang terdiri daripada set tiga papan permainan iaitu ‘Squad Race’, Ejen VS Droids’ dan ‘Gadget Assembly’. Juga turut dihasilkan adalah set kad permainan (trading card) EJEN ALI Misi : Alliance, yang mana kad ini boleh dikumpulkan untuk membina pelantar sendiri dan berlawan antara satu sama lain.

Selain itu, komik terbaharu EJEN ALI : Side Mission edisi terhad, mengenai pengembaraan EJEN ALI dan rakan-rakan ejennya diluar siri TV dan filem juga bakal dikeluarkan. Kesemua barangan produk eksklusif ini boleh didapati di platform atas talian terpilih, di kedai-kedai buku utama dan kedai serbaneka berhampiran anda.  

Peminat boleh mendapatkan set papan permainan EJEN ALI Misi : Bootcamp dengan harga promosi istimewa iaitu RM29.90, khas di platform e-dagang rakan pelesenan Syarikat Permainan Malaysia (spmgames.com.my), Lazada, Shopee atau ke laman sesawang rasmi EJEN ALI di gear.wau.my.

Harga yang ditawarkan ini adalah untuk tempoh yang terhad bermula dari 9 hingga 20 September sahaja dan akan kembali kepada harga asal, RM39.90.

Manakala permainan kad EJEN ALI Misi : Alliance boleh dimiliki dengan harga RM3.80 setiap satu pek (mengandungi 6 kad) juga di platform e-dagang Lazada, Shopee dan kedai dalam talian EJEN ALI Gears . Seterusnya, koleksi kad permainan ini akan berada di rak 7-Eleven dan MyNews.com pada waktu yang terdekat ini.

Komik terbaharu EJEN ALI : Side Mission boleh didapati di toko buku utama seperti MPH, Popular, Syarikat Muda Osman, selain dari platform e-dagang Lazada, Shopee dan juga kedai dalam talian EJEN ALI Gears.

Komik lukisan tangan yang boleh dibeli dengan harga RM17.90 ini bukan sahaja kesinambungan dari misi EJEN ALI The Movie, malah peminat siri animasi kegemaran ramai ini juga dapat mengetahui mengenai misi terbaharu EJEN ALI.


Artikel Terkini F8Buzz


Antara  promosi utama untuk kempen #KitaJagaKita adalah pelancaran video muzik versi terbaharu ‘Kita Jaga Kita’ yang dinyanyikan oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah, ditayangkan di saluran YouTube rasmi EJEN ALI.

Menariknya mengenai video muzik ini, Altimet ditukar menjadi watak animasi dan digabungkan dengan babak dan watak sedia ada dalam  filem EJEN ALI The Movie.

Sejak ia mula dimuatnaik pada 31 Ogos bersempena dengan hari kemerdekaan, video muzik runut bunyi (Original Soundtrack) ‘Kita Jaga Kita’ ini turut disiarkan di kaca TV dan platform media sosial lain dan meraih jumlah tontonan satu juta penonton di laman YouTube sehingga hari ini.  

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation berkata, “Kita berada di sini atas pengorbanan mereka. Tanpa barisan hadapan yang berjuang melindungi rakyat Malaysia dari COVID-19, kami tidak dapat membangunkan semula ekonomi negara. Dengan kerjasama dan perjuangan mereka, kita dapat merasai kebebasan.

Semarakkan semangat Malaysia Prihatin dengan bekerjasama menjaga kesihatan dan tanggungjawab kita untuk membendung dan memerangi wabak Covid-19, seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kita masih belum menang. Oleh itu bersama… kita jaga kita,

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation

Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Video Popular

Syarikat Tawar Percutian Seks Tanpa Henti |...

Pelancong yang tiba untuk pesta seks empat hari dengan seks tanpa henti dan minuman keras mungkin mendapat kejutan bila mereka mendarat. Percutian ini ditawarkan oleh...

Majlis Resepsi Dynas Mokhtar & Shazrik Din...

Majlis resepsi artis Dynas Mokhtar dan pasangan, Shazrik Din telah berlangsung dengan kelmarin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Antara yang turut hadir, Farahdhiya, Dato'...

BGR Restaurant – Makan Kat Mana? |...

Ramadhan dah dekat, manalah tempat berbuka yang sedap dan berbaloi? Makan Kat Mana? kali ini bersama Zizi Kirana membawa anda ke pratonton bufet ramadhan...

Nasi Lemak Pakaian Miss Universe Malaysia 2017...

PETALING JAYA, 31 Okt - Nasi Lemak, itulah inspirasi kepada pakaian yang akan dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James di Las...

Kepentingan Niat Ketika Puasa Ramadhan – Ustaz...

Mari kita dengar penjelasan dari Ustaz Don Daniyal mengenai niat dan kepentingannya dalam menjalankan ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Boleh ke puasa tanpa niat? Perlukah...

Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan &...

Tan Sri Khalid Abu Bakar secara rasminya bersara sebagai Ketua Polis Negara semalam. Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara dan Penyerahan Tongkat...

Fitri Haris Juara Gema Gegar Vaganza Musim...

Fitri Haris dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua. Fitri membawakan lagu Zinnirah di segmen solo serta lagu Al Nuraa.. Yang 5... Yang...

Puteri Mako Pilih Rakyat Biasa Sebagai Teman...

JEPUN, 3 September - Puteri Mako, cucu kepada Maharaja Akihito memilih Kei Komura, seorang rakyat biasa sebagai teman hidup. Pengumuman tidak rasmi mengenai pertunangan  dibuat...