in ,

Vans Bersama Artis Hip Hop Terkenal J.I.D dan Bohan Phoenix Lancar Vans Musicians Wanted

Vans Musicians Wanted Competition
Vans Musicians Wanted Competition

2 Sept 2020 – Vans, jenama kasut yang sebati dengan sukan aksi dan penyokong global untuk ekspresi kreatif mengumumkan pelancaran pertandingan, Vans Musicians Wanted.

Mula dilancarkan dalam wilayah Vans di Asia Pasifik pada tahun 2015, pertandingan Vans Musicians Wanted adalah platform muzik global yang memberi peluang kepada pemuzik yang baru bertapak agar muzik mereka dapat didengar secara global.

Pertandingan tahun ini telah dibangunkan menjadi pengalaman digital dan memberi peluang kepada pemenang hadiah utama untuk berkongsi pentas dengan Duta Vans dan artis pemenang anugerah Grammy, Anderson .Paak.

Dilancarkan dengan di bahagian akhir kempen ‘THIS IS OFF THE WALL‘ yang dilancarkan hari ini, Vans berkongsi perjalanan menarik dua rapper yang berpangkalan di Atlanta, J.I.D dan artis kelahiran China yang dibesarkan di Amerika Syarikat, Bohan Phoenix.

Di inspirasikan oleh pengalaman mereka menyatukan identiti budaya dengan muzik raw, Vans telah bekerjasama dengan J.I.D dan Bohan Phoenix sebagai juri undangan untuk pertandingan global ini.

Kisah kedua artis muda ini dalam industri Hip Hop boleh dijadikan pemangkin kepada generasi pemuzik seterusnya yang ingin keluar dari bilik tidur mereka ke pentas utama.

Jalan cerita kempen Vans ‘THIS IS OFF THE WALL’ adalah untuk meraikan ekspresi kreatif melalui usaha para seniman mencari jalan mereka sendiri dalam Hip Hop.

Pillihan genre ini amat sesuai sebagai suara generasi muda yang masih berusaha untuk mengorak jalan mereka sendiri.

A picture containing person, indoor, sitting, window

Description automatically generated

Dilahirkan dan dibesarkan di Atlanta Timur, Destin Choice Route, lebih dikenali dengan nama pentasnya J.I.D, telah mengukir ruang yang unik untuk dirinya melalui bakat semulajadinya dan keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Walaupun kreativiti sentiasa berterusan sepanjang hidup J.I.D, dia yang pada awalnya bergiat dalam sukan profesional, tetapi kerana kecederaan dan ketidakpastian, dia berhenti lalu memililh muzik.

Didorong oleh etika kerjanya yang luar biasa, fokus J.I.D pada penulisan dan ‘wordplay’ yang padu telah membantu menjadikannya sebagai pelopor dalam gelombang Hip Hop baru.

Dengarkan kisah J.I.D dan jalan yang diambilnya untuk mengasah bakatnya di Vans.com/JID.

A picture containing person, person, night, standing

Description automatically generated
A person standing in front of a building

Description automatically generated

Dilahirkan di Hubei, China dan berpindah ke Massachusetts ketika berusia 11 tahun, Bohan Phoenix diperkenalkan kepada Hip Hop bila ibunya menggunakan filem dan rancangan televisyen sebagai alat untuk mengajarnya bahasa Inggeris.

Ini mencetuskan cintanya terhadap muzik dan budaya justeru menentukan perjalanan kehidupannya di kemudian hari.

Pengenalan kepada Hip Hop ini mencetuskan minat Bohan untuk mengasah bakatnya dan melakukan eksplorasi peribadi yang membawanya mencipta muziknya sendiri.

Melalui cara asuhan dan identiti dua budaya, dia mula membuat muzik yang menggabungkan dua bahasa dan dua budaya bersama untuk melahirkan sesuatu yang unik, mendorong Hip Hop ke tempat baru.

Saksikan perjalanan penemuan diri Bohan Phoenix dan bagaimana membesar dengan dua budaya telah mempengaruhi identitinya sebagai artis di Vans.com/BohanPhoenix.

Bagi meraikan gabungan itu, Vans telah bekerjasama dengan Bohan Phoenix untuk melancarkan kasut Vans dengan sentuhannya di Vans.com/Customs.

A group of people in a dark room in front of a crowd

Description automatically generated

Bersama dengan J.I.D dan Bohan Phoenix sebagai juri jemputan khas adalah penyanyi-penulis lagu Nilüfer Yanya yang berpangkalan di Eropah, dan artis pemenang anugerah Grammy, Anderson. Paak.

Mereka akan mengulas 5 artis teratas dari setiap wilayah. Lima finalis dari wilayah APAC akan menerima edaran album secara percuma melalui Spinnup, perkhidmatan pengedaran dari Universal Music Group sebagai artis bebas.

Tiga artis akan dipilih untuk membuat persembahan di Konsert Maya Vans Musicians Wanted yang akan diadakan pada Disember ini.

Seorang pemenang hadiah utama akan menerima produk Vans, Fender, Spotify dan Apple Music playlisting, video muzik yang akan dihasilkan oleh Universal Music Group dan edaran muzik global percuma dan tanpa had selama setahun dari Spinnup (eksklusif kepada APAC).

Pemenang juga berpeluang untuk berkongsi pentas dengan Anderson .Paak sebagai penyanyi pembukaan pada tahun 2021.

 Artis boleh menghantar muzik asli mereka sekarang di Vans.com/MusiciansWanted.


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Senarai & Persembahan Sulung 12 Peserta Big Stage 2020, Dominasi BBNU Norma Baharu

Pengantin Satu Malam

‘PENGANTIN SATU MALAM’ Hangat Di iQIYI