https://f8buzz.com/wp-content/uploads/2020/05/HABIB-RAYA-202013541_1-1024x683.jpg
in ,

Hannah Delisha Impikan Suasana Meriah Bersama Bakal Suami Di Pagi Raya • Rantaian Kasih Habib

Raya menjelang tiba dan Habib Jewels membawakan kisah tradisi raya Hannah Delisha untuk dikongsikan bersama anda.

Tahun ini Habib memilih ‘tradisi’ sebagai tema untuk meraikan kempen Rantaian Kasih dalam menyambut kedatangan Syawal. Bagi pengeluar barangan kemas terkenal ini, tradisi melambangkan asal usul dan kepercayaan bukan hanya kepada sesebuah masyarakat tetapi juga kepada sesebuah keluarga dan individu.

Tradisi pada hari raya mungkin sama dan mungkin juga berbeza antara sesebuah keluarga dengan yang lain namun tradisi itulah yang Habib percaya telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sejak dahulu lagi..

Pada tahun ini barisan wajah-wajah selebriti yang menghiasi bilik-bilik pameran Habib ialah Rozita Che Wan, Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana, Ramona Zamzam dan Hannah Delisha.

Selebriti-selebriti ini dipilih untuk menghiasi kempen raya Habib pada tahun ini kerana mereka tidak hanya menggemari barangan kemas tetapi juga merupakan pelanggan Habib sendiri.

Dari kiri – Zain Saidin, Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, Hannah Delisha & Ramona Zamzam

Tidak dilupakan mereka semua berkongsi tradisi raya yang indah di mana ianya bertepatan dengan tema kempen raya Habib.

Istimewa tahun ini, Habib menampilkan koleksi-koleksi untuk semua lapis usia. Koleksi Oro Italia 916 yang dibawa khas dari Itali dengan menggunakan teknologi ‘ice cutting’ dan ‘laser soldering’ datang dalam rekaan yang berbeza.

Rekaan-rekaan dari koleksi ini menggabungkan pelbagai warna emas dalam satu rekaan seperti gabungan pelbagai warna emas daripada emas kuning, emas putih, emas merah jambu dan emas hitam.

Selain itu, Koleksi Aura menampilkan rekaan-rekaan yang bersesuaian untuk wanita yang berhijab mahupun mereka yang gemar memakai rantai panjang.

Tidak ketinggalan koleksi untuk kaum Adam, set butang Baju Melayu dan koleksi cincin lelaki yang disemat dengan butiran berlian serta batu permata pastinya sesuai dipadankan dengan Baju Melayu mereka.

Sepanjang Kempen Rantaian Kasih, Habib menganjurkan beberapa peraduan seperti “Kongsikan tradisi Raya anda” dan gunakan #HabibRayaTradisi untuk berpeluang memenangi barangan kemas Habib bernilai RM 10,000!

Selain itu, Habib menerima banyak penyertaan daripada orang ramai melalui peraduan mingguan yang dijalankan di media sosial. Dua pemenang akan dipilih untuk setiap peraduan.


Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

10 Exco Baharu Kedah Angkat Sumpah

Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Ahad, 24 Mei 2020