in ,

Lesen Memandu Pelarian UNHCR Tidak Sah Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR, tidak sah digunakan untuk memandu apa juga jenis kenderaan motor di Malaysia.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 tambah laporan Bernama lagi.

“JPJ sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa jua pelanggaran peraturan jalan raya yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPJ lagi, kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam telah menjelaskan bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia.

Isu pelarian terutama mereka dari Rohingya menjadi sohor kini kebelakangan ini dengan warga net berbelah bagi mengenai kehadiran mereka yang nampak menyusahkan kerajaan dan penduduk setempat.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bintang Bollywood Irrfan Khan Meninggal

Cerita Hantu Izzue & Ungku Ismail. Awal Caras Shuk & Sean • Sidang Media Setulus Ikhlas Aidilfitri