Heroku Hargai Wira Pandemik Covid-19 • Jom Tonton

Sambutan Hari Pekerja kali ini sangat bermakna dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan yang banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam membendung pandemik Covid-19 ini.

Pastinya sambutan kali ini memberi impak paling mendalam buat mereka yang telah mempertaruhkan nyawa mereka demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua! 

Bagi mengenang jasa barisan wira negara ini, Media Prima Berhad (MPB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) telah bekerjasama menghasilkan sebuah program bual bicara khas HeroKu yang disiarkan bermula 30 April 2020, setiap hari Khamis, pukul 6.30 petang di TV3. Program empat episod berdurasi 30 minit ini akan dihoskan oleh Fariha Onn.

Menerusi HeroKu ini, penonton akan dibawa mendekati dan pada masa sama menyelami jiwa beberapa ahli keluarga kepada para petugas barisan hadapan ini terutamanya golongan ibu bapa yang patut rasa bangga dengan pengorbanan dan dedikasi yang diberikan oleh anak-anak mereka dalam usaha membendung pandemik Covid-19 ini.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima OMNIA, Encik Michael Chan, “Sebagai organisasi media yang sentiasa prihatin dengan isu semasa, kami mengambil peluang ini bersama TM selaku penaja program HeroKu untuk menghubungkan para petugas barisan hadapan dengan ahli-ahli keluarga mereka bagi menzahirkan ucapan terima kasih, meluahkan rasa syukur, rindu dan bangga kepada pengorbanan mereka yang terpaksa berpisah dengan keluarga.

Tidak lupa juga kepada petugas media, pasukan teknikal komunikasi serta elektrikal, pekerja pembersihan, ahli bomba dan mereka yang berkepentingan dalam mengehadkan penularan Covid-19 sepanjang PKP ini. Mereka adalah tunggak negara sementara semua orang selesa berada di rumah.”

Paparan menarik yang disiarkan dalam empat episod ini ialah aktiviti para sukarelawan (Episod 1: Di Sebalik Tabir), cabaran penghantar makanan dan pasukan teknikal TM (Episod 2: Dalam Perjalanan), cabaran para petugas di sektor perubatan dan pasukan keselamatan (Episod 3: Barisan Hadapan) serta tugasan anggota polis bantuan KLIA dan penghantar barang (Episod 4: Khidmat Penghantaran Barangan).

Pasukan kesihatan merupakan pasukan paling penting dan sanggup berhadapan dengan risiko yang amat berbahaya. Begitu juga dengan pasukan keselamatan yang terpaksa bertugas di bawah terik matahari, kadang-kala dalam hujan lebat serta ribut kerana cuaca yang tidak menentu masa kini demi memastikan kita tidak ingkar dengan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Negara. 

Jasa sukarelawan juga perlu dikenang kerana mengambil inisiatif DIY bekalan pakaian perlindungan peribadi (PPE) untuk memastikan petugas barisan hadapan sentiasa terlindung dan berada dalam keadaan selamat ketika mereka menjalankan tugas.

Tidak lupa juga kepada petugas khidmat penghantaran makanan dari pelbagai platform e-hailing serta para pemandu lori yang sentiasa memastikan bekalan keperluan harian dihantar ke destinasi mengikut jadual yang ditetapkan untuk menjamin kehidupan semua berjalan dengan normal.

Tahukah anda bahawa pasukan teknikal TM terpaksa berkhemah di luar demi menjalankan kerja penyelenggaraan rangkaian TM tatkala kita sedang menikmati kemudahan komunikasi untuk berhubung dengan sesiapa saja dalam tempoh ini? Selain dapat berhubung dengan ahli keluarga, urusan kerja dan sesi pembelajaran dalam talian juga dapat diteruskan dalam keadaan yang selesa di rumah.

Fariha Onn selami isi hati wira negara dalam Heroku.

Saksikan Fariha Onn selaku hos program Heroku bertemu bual dengan wakil TM dari unifi, TM ONE dan TM ROVers membincangkan peluang perniagaan dalam talian yang diwujudkan kepada pengusaha kecil-kecilan, bagaimana untuk memanfaatkan kemudahan teknologi bagi berhadapan dengan ekosistem baharu dan menyesuaikan operasi dengan normal baharu selepas PKP tamat dan juga apakah inisiatif yang telah dilakukan oleh TM Rovers untuk membantu golongan yang memerlukan.

HeroKu yang dibawakan oleh TM akan mula bersiaran pada setiap hari Khamis, pukul 6.30 petang bermula pada 30 April 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Video Popular

Syarikat Tawar Percutian Seks Tanpa Henti |...

Pelancong yang tiba untuk pesta seks empat hari dengan seks tanpa henti dan minuman keras mungkin mendapat kejutan bila mereka mendarat. Percutian ini ditawarkan oleh...

Majlis Resepsi Dynas Mokhtar & Shazrik Din...

Majlis resepsi artis Dynas Mokhtar dan pasangan, Shazrik Din telah berlangsung dengan kelmarin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Antara yang turut hadir, Farahdhiya, Dato'...

BGR Restaurant – Makan Kat Mana? |...

Ramadhan dah dekat, manalah tempat berbuka yang sedap dan berbaloi? Makan Kat Mana? kali ini bersama Zizi Kirana membawa anda ke pratonton bufet ramadhan...

Nasi Lemak Pakaian Miss Universe Malaysia 2017...

PETALING JAYA, 31 Okt - Nasi Lemak, itulah inspirasi kepada pakaian yang akan dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James di Las...

Kepentingan Niat Ketika Puasa Ramadhan – Ustaz...

Mari kita dengar penjelasan dari Ustaz Don Daniyal mengenai niat dan kepentingannya dalam menjalankan ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Boleh ke puasa tanpa niat? Perlukah...

Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan &...

Tan Sri Khalid Abu Bakar secara rasminya bersara sebagai Ketua Polis Negara semalam. Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara dan Penyerahan Tongkat...

Fitri Haris Juara Gema Gegar Vaganza Musim...

Fitri Haris dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua. Fitri membawakan lagu Zinnirah di segmen solo serta lagu Al Nuraa.. Yang 5... Yang...

Puteri Mako Pilih Rakyat Biasa Sebagai Teman...

JEPUN, 3 September - Puteri Mako, cucu kepada Maharaja Akihito memilih Kei Komura, seorang rakyat biasa sebagai teman hidup. Pengumuman tidak rasmi mengenai pertunangan  dibuat...