23.6 C
New York
Tuesday, January 19, 2021

Setiaku Pasti LIVE – Fara Hezel | VIDEO

Persembahan secara langsung dari Fara Hezel di konti KLfm, diiringi musik akustik. Nur Fara Azira Binti Yusri atau lebih dikenali dengan panggilan “Fara Hezel” merupakan...

Muat Naik Terkini

PKP Dilanjut Lagi, Kini Sehingga 12 Mei – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 23 April – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir 28 April ini dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri ketika mengumumkan keputusan kerajaan itu berkata bagaimanapun jika kes COVID-19 terus mencatat penurunan ketara, kerajaan mungkin memberi kelonggaran secara berperingkat-peringkat.

“Berdasarkan statistik terkini, jumlah pesakit sembuh telah meningkat kepada 3,542 kes iaitu 63.2 peratus keseluruhan pesakit telah sembuh.

“Sekiranya trend penurunan kes berterusan, kerajaan mungkin memberi sedikit kelonggaran,” kata Perdana Menteri pada perutusan yang disiar secara langsung melalui televisyen tempatan malam ini.

Ini merupakan kali ketiga PKP yang mula dilaksana pada 18 Mac dilanjutkan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Muhyiddin berkata berikutan penurunan kes COVID-19 yang ketara, kerajaan akan memberi sedikit kelonggaran termasuk membenarkan penuntut di kampus universiti untuk pulang ke rumah masing-masing dalam sedikit masa lagi dan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk tujuan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Jumlah pelajar yang terlibat adalah besar, iaitu hampir 100,000 orang. Jadi kita mesti rancang pergerakan mereka dengan teliti untuk pastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan,”

Tan Sri Muhyiddin Yassin – Perdana Menteri Malaysia

Sebelum dibenarkan pulang, katanya, semua pelajar tersebut akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala COVID-19.  

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mempertimbang kebenaran satu kali perjalanan bagi mereka yang terperangkap di kampung atau tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP fasa satu.

Untuk itu, Muhyiddin berkata kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah terbaik bagi mengatur pergerakan mereka termasuk pendaftaran secara dalam talian melalui aplikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau membuat temu janji ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

Latest Posts

Menarik

Terkini Terus Pada Anda

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.