in ,

Jakarta Lanjutkan Pembatasan Sosial Sehingga 22 Mei

foto. Jakarta Globe

JAKARTA, 22 April – Pelaksanaan perintah pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di kota Jakarta, bagi membendung penularan COVID-19, dilanjutkan sehingga 22 Mei ini.

PSBB di kota Jakarta bermula 15 Mac lepas dengan penguatkuasaan beberapa peraturan secara berperingkat sebelum diperketatkan lagi pada 10 April lepas, yang antaranya mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung ketika berada di luar rumah.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan pada sidang media yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan malam ini, meminta warga kota Jakarta mematuhi PSBB bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan virus berkenaan.

Setakat hari ini, provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi di seluruh Indonesia iaitu 301 kematian, dan 3,383 kes positif.

Antara peraturan PSBB ialah penunggang motosikal tidak dibenarkan membawa pembonceng, pengangkutan awam dan persendirian dibataskan jumlah penumpang tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti jumlah penumpang kenderaan itu.

Sekolah, pusat hiburan, pusat pelancongan dan rumah ibadat ditutup sejak 15 Mac lepas, manakala pekerja sektor kritikal sahaja dibenarkan ke pejabat.

Semalam, Presiden Indonesia, Joko Widodo turut mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung untuk menyambut Aidilfitri 1441 hijrah. Larangan bermudik itu berkuatkuasa 24 April ini.

Mereka yang melanggar perintah PSBB atau bermudik, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum satu tahun penjara dan denda maksimum Rp100 juta.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Hukum Saya, Bukan Sukarelawan PKP” – Ahmad Said

Tiada Liga-M Selepas Tamat PKP