COVID-19: Muar Kini Zon Merah, Jumlah Keseluruhan Zon Merah 27

0
158

KUALA LUMPUR, 15 April – Satu lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 27 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah  Muar merekodkan 44 kes positif COVID-19.

Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 572 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 433 dan 359 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,299 kes.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:

PerakKES
Hilir Perak65
Kinta    93
  
Selangor 
Sepang67
Petaling359
Hulu Langat433
Gombak141
Klang167
Hulu Selangor49
  
Kuala Lumpur 
Cheras74
Kepong131
Lembah Pantai572
Titiwangsa122
  
Putrajaya54
  
Negeri Sembilan 
Seremban261
Rembau53
  
Melaka 
Jasin68
Melaka Tengah 51
  
Pahang 
Kuantan91
Jerantut70
  
Johor 
Batu Pahat51
Kluang201
Johor Bharu184
Muar44
  
Kelantan 
Kota Bharu90
  
Sarawak 
Kuching240
Kota Samarahan51
  
Sabah 
Tawau79
  
JUMLAH3,861

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here