PUTRAJAYA, 14 April – Polis tidak lagi akan mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga bermula esok, sebaliknya individu yang ingkar akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kumulatif yang ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 9,090 orang dan keseluruhan kompaun dikeluarkan berjumlah 4,036.
“PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP, merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000 manakala 418 orang direman dan 25 individu dijamin polis,” katanya pada sidang media harian PKP di sini, hari ini.
GIPHY App Key not set. Please check settings