GEORGE TOWN, 14 April – Penutupan beberapa laluan menghala ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang, akan diteruskan dalam fasa ketiga penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 28 April ini.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat yang mengendalikan (JSAHMS), dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan beberapa laluan itu bagi mengehad dan mengawal pergerakan orang ramai selaras dengan pelaksanaan PKP bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Lokasi penutupan melibatkan Batu Maung Ramp 4 (BMR4) iaitu susur dari George Town ke JSAHMS, Bandar Cassia Ramp 7 (BCR7) iaitu susur masuk dari Batu Kawan Industrial Park (BKIP) ke JSAHMS dan Plaza A di Plaza Tol Bandar Cassia.
“Bagi pengguna dari arah George Town yang ingin ke Batu Kawan melalui JSAHMS, anda perlu membuat pusingan U di Batu Maung sebelum memasuki JSAHMS manakala pengguna dari BKIP yang ingin ke Batu Maung melalui JSAHMS, perlu membuat pusingan U di Bandar Cassia sebelum memasuki JSAHMS.
“Bagi pengguna yang ingin ke Batu Maung atau George Town melalui JSAHMS, sila gunakan Plaza B Tol Bandar Cassia,” menurut kenyataan itu.
Tiada Transaksi Tunai Dan Jualan Kad Touch n Go Di Mana-Mana Plaza Tol JSAHMS Dan Kios Tambah Nilai Touch n Go Di Hentian Sebelah JSAHMS Juga Ditutup.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi 1300-30-2828 atau melayari laman sesawang www.jambatankedua.com.my, Twitter @jsahmsofficial atau Facebook www.facebook.com/jsahmsofficial
GIPHY App Key not set. Please check settings