in ,

Bekas Penyerang Chelsea, Didier Drogba Tawar Hospital Miliknya Jadi Pusat Rawatan COVID-19

DAKAR, 13 April – Bekas bintang bola sepak Didier Drogba menawarkan hospitalnya di Ivory Coast dijadikan sebagai pusat rawatan untuk pesakit COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Hospital yang terletak di bandar Abidjan itu, dinamakan sempena nama pemain bola sepak Ivory Coast, Laurent Pokou, yang meninggal dunia pada 2016.

Hospital yang di bina Drogba terletak di daerah Attecoube. Foto. AFP

Ketua majlis serantau Abidjan, Vincent Toh Bi Irie, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Drogba atas semangat patriotiknya kerana tawaran itu amat besar maknanya ketika negara berjuang memerangi COVID-19. 

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan 13 hospital di Abidjan dan 45 di negara itu akan dijadikan pusat untuk merawat pesakit COVID-19.

Sejak kes pertama dilaporkan pada 11 Mac, seramai 574 orang  didiagnosis dengan penyakit itu, 85 daripadanya pulih manakala lima pesakit meninggal dunia.

Sepanjang kariernya, Drogba pernah beraksi dengan kelab bola sepak Galatasaray, Le Mans, Guingamp, Olympique Marseilles, Chelsea, Shanghai Shenhua dan Montreal Impact.

Beliau bersara pada November 2018 ketika bermain untuk pasukan AS Phoenix Rising.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

COVID-19: KWSP Lanjutkan Tarikh Bayaran Caruman Majikan Bagi April 2020

COVID-19 – Zon Merah Kekal 26 Daerah, Lembah Pantai Hampir Cecah 500 Kes