in ,

29,000 TERIMA BANTUAN KHAS COVID-19 LZS

Lembaga Zakat Selangor
LZS Covid-19

SHAH ALAM, 1 April – Bantuan khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah dikreditkan terus ke akaun bank penerima secara berfasa bermula 27 Mac dan dijangka akan selesai keseluruhan pembayaran bantuan pada 3 April ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop, pembayaran ini melibatkan penyaluran agihan zakat sebanyak RM14.0 juta dan dimanfaatkan oleh 29,000 penerima layak.

Daripada jumlah tersebut, seramai 9,000 penerima adalah dari kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang menerima bantuan khas sebanyak RM500 sekeluarga. Jumlah keseluruhan agihan zakat sebanyak RM4.5 juta.

Manakala 20,000 penerima lagi dari kalangan B40 khususnya golongan penjaja/peniaga kecil dan keluarga yang terjejas sumber pendapatan, menerima bantuan maksimum sehingga RM500. Ia melibatkan jumlah agihan zakat sebanyak RM9.5 juta menggunakan peruntukan asnaf fisabilillah.  
 
Tambah beliau lagi, LZS turut mengagihkan wang zakat sebanyak RM1 juta kepada hospital kerajaan dan Pusat Kesihatan Daerah, petugas barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19 dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Selangor.

“Ia membabitkan pembelian Personal Protection Equipment (PPE) kepada hospital dan PKD serta makanan kepada petugas.  Manakala, bantuan makanan kepada pelajar IPT turut disalurkan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar/pengurusan IPT.”

Saipolyazan M. Yusop – Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor

Untuk rekod, jumlah keseluruhan bantuan agihan khas telah disalurkan oleh LZS sebanyak RM15.0 juta bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Lembaga Zakat Selangor Covid-19
Lembaga Zakat Selangor Covid-19

Bantuan Bulanan Kepada Asnaf Berdaftar 

Saipolyazan menjelaskan, “Selain bantuan agihan khas, LZS turut menyalurkan sebanyak RM30.5 juta bagi bantuan bulanan kepada asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin yang berdaftar. Agihan ini melibatkan asnaf yang menerima bantuan zakat bulanan seperti kewangan, sewa rumah, rawatan dialisis dan perubatan. Manakala, seramai 14,909 asnaf fakir dan miskin turut dipastikan kelangsungan makanan bulanan sewaktu COVID-19 ini bagi mengelakkan mereka terputus bekalan.” 
 
Bantuan berbentuk bulanan ini akan tetap disalurkan kepada asnaf sedia ada, sekali gus membantu mengurangkan beban golongan ini terutama pada masa COVID-19.  
 
Saipolyazan menyeru masyarakat Islam untuk terus menunaikan zakat melalui LZS secara atas talian dengan melayari fpx.zakatselangor.com.my ataupun menerusi perbankan internet. Ini secara langsung dapat membantu golongan yang terjejas disebabkan COVID-19 terutama golongan asnaf fakir dan miskin yang amat bergantung bantuan disalurkan oleh LZS pada masa ini.  

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

YouTube

Kualiti Video YouTube Lebih Rendah Kerana Koronavirus

Bangkok Covid-19

COVID-19: Semua Kedai di Bangkok ditutup Dari 12 Malam Mulai Hari Ini