Konsert pertama Big Stage 2 telah berlangsung di Shah Alam malam tadi.

Seramai 12 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei memulakan langkah, berentap di pentas pembukaan BigStage 2.

Tiada penyingkiran diumumkan untuk minggu pertama dan semua peserta melangkah ke minggu kedua dan bakal mempersembahkan lagu-lagu rancak.

Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan –

  1. Santesh – Amalina 82.33%
  2. Dinda Permata – Tak Sanggup Lagi 77.33%
  3. Neeta – Sakit 77%
  4. Syada Amzah – Dinda 75.33%
  5. Han-Byul – Shooting Star 74.67%
  6. Fieya Julia – Perasaanku 74%
  7. Adzrin – Bukan Yang Terbaik 73%
  8. Aziz Harun – Jauh 72.33%
  9. Sheryl Shazwanie – Perasaan 72%
  10. Kucaimars – Mimpi Yang Sempurna 71%
  11. Irfan Haris – Redha 70%
  12. Chaleeda – Pretty Boy 67%

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari