Siri animasi kanak-kanak popular, ‘Didi & Friends’ bakal mengadakan ‘Konsert Hora Horay LIVE ! Didi & Friends’ buat kali pertama secara ekslusif dan interaktif di Quill Convention Center, Kuala Lumpur. Konsert berdurasi 65 minit itu akan berlangsung selama empat hari berturut-turut dari 15 hingga 18 Ogos 2019 sempena cuti persekolahan yang akan bermula 10 Ogos ini.

Siri animasi di bawah produksi Digital Durian & Astro ini telah menjadi fenomena hebat di kalangan kanak-kanak, ibu-bapa dan guru. ‘Didi & Friends’ berjaya menambat hati peminat menerusi lagu-lagu menarik dan watak-watak yang sangat comel membuatkan ia disayangi ramai seperti ‘Didi’, ‘Nana’, ‘Jojo’, ‘Pak Atan’, ‘Bingo’ dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail berkata, “ Konsert Hora Horay LIVE! Didi & Friends adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya. Misi kami adalah untuk mencipta momen keluarga yang penuh kasih sayang dan bahagia untuk ibu bapa, terutama sekali untuk anak-anak.”

Beliau juga menjanjikan kejutan demi kejutan akan diberikan kepada penonton konsert ini nanti dan akan meraikan 9 keluarga pemenang bertuah dengan membawakan kemunculan maskot ‘Didi & Friends’ sebagai kejutan di hari lahir !

Harga tiket ‘Konsert Hora Horay Live! Didi & Friends

“ Setiap pemenang akan dipilih menerusi proses cabutan bertuah yang akan diadakan di setiap persembahan; 9 persembahan keseluruhannya. Semua yang hadir berpeluang untuk memenangi hadiah hebat ini !” katanya lagi.

Selebriti jemputan utama,  Izzue Islam bakal turut membuat persembahan semasa konsert disamping persembahan dari kumpulan ‘b-boy’ iaitu Wakaka Crew. Animasi kartun Islamik, ‘Omar & Hana’ akan turut membuat penampilan istimewa di konsert ini kelak.

Izzue Islam dan Wakaka Crew bersama team ‘Didi & Friends’ di sidang media ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’

Konsert ini turut diceriakan oleh barisan penaja seperti Chatime dan Big Apple sebagai penaja utama, Quill City Mall sebagai penaja lokasi, radio rasmi SINAR, serta Kidxy dan ASWARA sebagai rakan kerjasama.

Jom nyanyi sama-sama! Hora Horey!

Layari www.DidiLive2019.com untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari