in ,

Pil Kentut Bau Wangi Kini Wujud !

Secara amnya, bau kentut manusia sememangnya busuk kerana terdapat gas terperangkap lama di dalam sistem pencernaan.

Namun sebuah syarikat di Paris telah mencipta sejenis pil yang mampu menjadikan kentut berbau harum.

Pil tersebut dihasilkan oleh Christian Poincheval yang mendakwa ia boleh menukar kentut yang busuk menjadi wangi seperti bau bunga mawar atau coklat.

Beliau mendakwa sudah menghasilkan pil itu sejak 2007.

Menurut laman web syarikat beliau, pil itu sepenuhnya organik dan tidak berunsur perubatan atau dadah.

Dakwanyalagi, “Pil kentut ini adalah hasil penyelidikan dan percubaan panjang dan sudah dijual sejak 2007”.

“Berbagai wangian juga ada bagi menambah sentuhan jenaka bagi suatu keadaan”.

“Ramai pelanggan yang kembali mendapatkan produk itu merupakan bukti terbaik.”

Poincheval ditemui akhbar Telegraph beberapa tahun lalu telah berkata beliau bercadang untuk cuba menghasilkan produk itu susulan keperluan selepas satu majlis makan malam dicemari bau kentut busuk.

“Bau kentut amat busuk, kami hampir lemas. Sesuatu perlu dilakukan,” katanya.

Katanya, pelanggan pelbagai peringkat membeli produknya.

“Saya ada pelbagai pelanggan. Ada yang membelinya kerana mereka bermasalah dengan kentut.

“Sebahagiannya membeli sebagai bahan jenaka untuk diberikan kepada rakan. Penjualan meningkat pada musim Krismas,” katanya.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pelajar Malaysia Sertai Maraton di UK Meninggal Dunia

“Lapar Perhatian Ke Ni Bro?”-Netizen