in

Pelajar Malaysia Sertai Maraton di UK Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia meninggal dunia ketika menyertai acara JCP Swansea Half Marathon di United Kingdom (UK), Ahad lalu.

Penganjur acara itu, memaklumkan pelajar Kejuruteraan Persekitaran di Swansea University, Wil Sern Ong, 21, rebah beberapa meter dari garis penamat.

Peserta tersebut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia.

“Ia adalah penyertaan keduanya dalam acara larian ini. Sern Ong berjaya menamatkan lariannya ketika menyertai acara sama pada tahun lalu.

“Semua pihak terbabit dalam acara JCP Swansea Half Marathon turut bersedih dengan pemergiannya. Kami berhubung rapat dengan ahli keluarga dan membantu mereka pada waktu sebegini,” kata penganjur.

Ahli keluarga Sern Ong sangat bersedih dengan kehilangan bekas staf sarjan 12th Kuala Lumpur Boys Brigade.

Ibu saudara kepada Sern Ong dilaporkan menyifatkan remaja itu sebagai istimewa dan berpotensi untuk pelbagai kejayaan dalam hidupnya.

Pungutan sumbangan melalui laman web pendanaan awam bagi mengumpul sumbangan berjumlah 1,270 pound (RM5,293) untuk ahli keluarganya, manakala lebihan pungutan itu akan disumbangkan kepada gereja Argyle and Rhyddings Park Presbyterian.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Saya Doa Dia Tetap Berhijab – Nabil Ahmad

Pil Kentut Bau Wangi Kini Wujud !