SETIU: Seorang peniaga nyaris rugi sejumlah wang selepas dipercayai dipukau tiga individu di kedai makannya di Chalok petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa hanya mahu dikenali sebagai Nor, 35, berkata, ketika kejadian, hanya ada pekerjanya di kedai manakala dia ada urusan di luar.
Menurut Nor, tiga individu terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki berasal dari Timur Tengah atau Pakistan berdasarkan wajah, pertuturan dan pemakaian mereka.
“Mengikut maklumat pekerja saya, perempuan yang paling muda berusia sekitar 20an manakala seorang lagi lingkungan 50an dan lelaki berusia 40an”.
“Mereka datang dengan menaiki kereta jenis Honda Arcord dengan meletakkan kereta tersebut agak jauh dari kedai”.
Jelasnya lagi, “tidak lama selepas masuk ke dalam kedai, wanita berusia 50an pergi ke kaunter bayaran memberitahu, mahu membayar makanan barat yang telah ditempah dan diterimanya.
“Pada awalnya pekerja tersebut hairan kerana tidak ada makanan di tangan wanita itu dan bertanya di mana makanan tersebut”.
“Wanita yang tidak fasih bercakap Melayu itu memberitahu, makanan itu telah disimpan di dalam kereta,” katanya.
“wanita tersebut menghulurkan wang RM100 kepada pekerjanya di kaunter bayaran dan sebaik memegang wang tersebut menyebabkan pekerjanya hanya melihat apa yang dilakukan perempuan itu, jelas Nor.
GIPHY App Key not set. Please check settings